suria

Terpadam fail penting dalam Google Drive, periksa ‘bin’ pun tak ada! Lelaki kongsi cara, 30 minit dah dapat semula

Fail yang terpadam boleh diperolehi semula. -Gambar hiasan

BAYANGKAN fail kerja, gambar kenangan atau dokumen penting yang disimpan dalam perkhidmatan penyimpanan dan penyegerakan fail, Google Drive tiba-tiba hilang!

Lebih membimbangkan, setelah melakukan pencarian di dalam tong kitar semula (bin) ia masih tidak ditemui.

Perasaan panik itulah yang dirasai seorang lelaki bernama Mag Malaya dalam perkongsiannya di media sosial.

Sebagai pengguna tegar peranti MacBook dan iPhone, dia hampir putus asa apabila fail pentingnya terpadam secara kekal.

Tapi siapa sangka, dengan satu trik ‘rahsia’, dia berjaya pulihkan semua fail yang hilang dalam masa 30 minit sahaja.

The business woman is hurting at her heart and is in the office.

Ramai yang berdepan masalah terpadam fail di dalam Google Drive. -Gambar hiasan

Berikut langkah penyelesaian masalah untuk memulihkan fail Google Drive yang terpadam

1. Cuba hantar maklum balas melalui Google Drive

a. Buka Google Drive di komputer.

b. Klik ikon "? " di bahagian atas kanan.

c. Pilih Send feedback atau Report an issue.

d. Hantarkan laporan mengenai masalah kehilangan fail.

Jika tiada respons atau terlalu lama menunggu, teruskan ke langkah seterusnya.

2. Menghubungi pasukan sokongan Google melalui emel

a. Hantar emel kepada Google Support Team

3. Menunggu tindak balas dari Google yang biasanya akan memberi respons dalam masa 30 minit melalui emel.

4. Memeriksa Google Drive setelah mendapat respons

a. Log masuk ke Gmail dan periksa jika terdapat balasan daripada Google.

b. Jika ada, ikuti arahan yang diberikan.

c. Kemudian buka Google Drive, tekan refresh dan periksa sama ada fail yang terpadam telah dipulihkan.

Jika fail telah berjaya dipulihkan, pastikan anda membuat backup dokumen penting untuk mengelakkan berlaku lagi kehilangan pada masa hadapan.

Artikel Lain