suria

Biar betul... Berhenti merokok, kurangkan kafein boleh selesaikan masalah ketiak basah!

Masalah ketiak basah boleh dianggap perkara biasa dan dialami oleh ramai orang.

RAMAI menganggap ketiak basah adalah perkara biasa yang dialami oleh kebanyakan orang, apatah lagi cuaca seperti di Malaysia membuatkan ia masalah biasa.

Sebenarnya ketiak basah atau axillary hyperhidrosis disebabkan oleh penghasilan kelenjar peluh yang aktif dan keadaan ini sering kali menimbulkan rasa tidak selesa dan menurunkan keyakinan diri.

ARTIKEL BERKAITAN: Anda pernah bertemu wanita bermisai atau berbulu tebal? Ketahui punca gejala ini

Mengatasi masalah ini boleh dilakukan malah cuaca yang panas bukan satu-satunya penyebab masalah ketiak basah tetapi terdapat faktor lain.

Bagaimanapun ada cara untuk mengurangkan masalah ini.

Sweat

1. Jangan terus pakai baju selepas mandi

Selepas mandi jangan terus memakai pakaian apatah lagi sekiranya anda menggunakan air panas. Haba daripada air panas boleh menyebabkan badan tetap lembap terutamanya pada bahagian lipatan termasuk ketiak.

Sebaik-baiknya biarkan tubuh anda benar-benar kering dan baharulah memakai pakaian.

Male depilacion. Young attractive muscular man using razor to remove hair from his armpit

2. Cukur bulu ketiak

Jangan biarkan bulu ketiak anda tumbuh dengan lebat kerana ia bukan hanya dapat meningkatkan penghasilan peluh tetapi menyebabkan bau badan.

Mencukur bulu ketiak secara rutin merupakan cara mudah untuk mengurangkan peluh dan bau badan.

Healthy Food

3. Kawal pemakanan anda

Tidak hanya menjaga luaran, dalaman juga tidak kalah penting termasuk pemakanan. Sebaik-baiknya kurangkan makanan pedas, makanan segera dan mempunyai kandungan garam yang tinggi.

Jenis makanan rendah serat dan tinggi kandungan garam dapat merangsang kelenjar keringat untuk tubuh bekerja lebih keras. Kesannya, ketiak mudah berpeluh.

Sebagai ganti perbanyakkan pengambilan sayur-sayuran hijau, buah-buahan, gandum, minyak zaitun dan madu.

Drink Water

4. Banyak minum air

Banyak minum air putih dapat membantu mengurangkan masalah ketiak basah. Ini kerana air dapat meringankan sistem kerja kelenjar ketiak dalam menghasilkan peluh pada kadar normal.

Ketika tubuh mendapat air yang cukup, suhu tubuh akan tetap stabil dan menjadi lebih sejuk serta mengurangkan penghasilan peluh berlebihan.

Stop Smoking

5. Kurangkan kafein dan berhenti merokok

Antara cara untuk mengatasi ketiak basah adalah dengan berhenti merokok dan mengurangkan pengambilan kafein.

Kafein dapat merangsangkan kelenjar adrenal yang menghasilkan peluh berlebihan pada bahagian ketiak, kaki dan telapak tangan.

Nikotin juga bersifat seperti kafein yang boleh memicu penghasilan peluh.

Tidak hanya itu, tabiat merokok juga dikaitkan dengan masalah kebersihan dan kesihatan seperti mudah berpeluh, mulut berbau, gigi menjadi kotor serta kanser.

Minuman tinggi kafein bisa merangsang sistem saraf untuk memproduksi keringat sekaligus meningkatkan tekanan darah dan detak jantung.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Pemain EPL ditahan atas 2 dakwaan rogol