suria

Hobinya makan tapi pemalas! Buat penggemar Oyen... kenali si bulus kesayangan anda

Untitled-design227

KUCING berbulu oren sering ditemui di mana-mana malah kehadirannya lebih popular berbanding kucing-kucing lain kerana sifatnya yang agresif tetapi manja.

Malah si bulus ini mendapat nama jolokannya sendiri iaitu Oyen dalam kalangan pencinta kucing di Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Anda biasa beri kucing makan nasi... apakah ia bahaya atau sebaliknya?

Sebuah kajian yang dilakukan oleh Universiti California dalam Journal of Applied Animal Welfare Science menyebut bahawa Oyen lebih ramah, manja dan pemalas.

Selain itu, terdapat pelbagai fakta menarik dan unik mengenai Oyen termasuklah;

red-cat-breed-Scottish-fold_Alexander-Sobol_shutterstock

1. Oyen memiliki empat jenis pola bulu berbeza

Orang yang memiliki dan menyukai kucing berwarna oren dengan mudah boleh membezakan pola bulu umum pada kucing ini.

Ia mungkin nampak berwarna oren tetapi ia boleh datang dalam pola klasik, mackerel, bergaris dan ticked. Untuk beberapa alasan, Oyen selalu memiliki pola mackerel yang membuatkan mereka mirip dengan harimau kecil.

Untitled-design227

2. Warna oren berasal daripada pigmen tertentu

Kucing berwarna oren tidak semuanya hadir dalam rona yang sama tetapi mereka memiliki beberapa jenis variasi rona kemerahan, oren dan krim.

Ini kerana kucing ini memiliki pigmen tertentu yang dikenali sebagai pheomelanin iaitu pigmen yang sama menghasilkan rambut berwarna merah pada manusia.

Little cat playing on the bed

3. Lebih banyak jantan berbanding betina

Sekitar 80 peratus kucing berwarna oren adalah jantan dan ini menunjukkan hubungan genetik antara jenis kelamin dan bulu meskipun pakar masih belum mendapat faktor paling tepat.

stevie-eating-wet-food

4. Hobinya makan!

Sesuai dengan maskot kartun Garfield, Oyen hobinya memang suka makan dan mereka lebih terdedah kepada pelbagai penyakit termasuk diabetes, kanser dan kerosakan sendi.

Orange-And-White-Cat-long

5. Pemalas

Kebiasaannya kucing sangat dikenali dengan sikap aktif tetapi tidak kepada Oyen. Faktanya, ia sejenis kucing yang malas dan lebih gemar tidur daripada bermain.

Why-are-orange-tabby-cats-so-affectionate_-HC-long

6. Peribadi unik

Daripada penyayang dan suka menyendiri, Oyen juga lebih ramah dengan orang asing selain lebih suka bermain seorang diri.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain