suria

Anda mungkin akan kurangkan atau berhenti terus kunyah gula-gula getah jika tahu 6 perkara ini

Gula-gula getah dicipta bukanlah untuk dijadikan sebagai makanan sebaliknya hanya sekadar pencuci atau pemanis mulut selepas makan.

BUKAN sekadar untuk melawan rasa mengantuk, mengunyah gula-gula getah juga dapat mengelakkan daripada masalah mulut berbau dan membantu menurunkan berat badan.

Apatah lagi gula-gula getah ini mempunyai pelbagai perisa dan mudah didapati di pasaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Nak tumbuhan sihat... jom cuba siram air gula, pasti segar tanaman anda!

Tetapi di sebalik tiga 'kebaikan' mengunyah gula-gula getah ini, anda tetap perlu berhati-hati dengan makanan ini.

Lebih baik anda mengawal kekerapan mengunyah gula-gula getah supaya ia tidak berlebihan atau mengalami beberapa kesan tidak menyenangkan.

1. Meningkatkan keinginan untuk makan 'junk food'

Mengunyah gula-gula getah dianggap mampu menyelamatkan seseorang daripada kelaparan.

Ia juga digunakan sebagai 'senjata' melawan penambahan berat badan akibat terlebih makan.

Tetapi kajian diterbitkan dalam jurnal Eating Behavior telah menyatakan sebaliknya.

Seperti dilaporkan ABC News, gula-gula getah terutamanya perisa pudina akan mengurangkan pengambilan makanan sihat (buah-buahan) dan meningkatkan keinginan untuk makan makanan berkalori tinggi seperti kerepek ubi dan gula-gula.

Penyelidik percaya bahawa gula-gula getah membuatkan buah-buahan dan sayur-sayuran terasa pahit.

Lebih baik menghirup teh hijau sebelum makan untuk mengurangkan selera anda, bukan mengunyah gula-gula getah.

2. Masalah pada rahang

Aktiviti mengunyah berterusan dari semasa ke semasa akan menyebabkan ketidakselesaan pada rahang.

Ini boleh menyebabkan gangguan TMJ atau nama lainnya gangguan sendi temporomandibular.

TMJ ialah sendi menghubungkan rahang bawah atau rahang bawah ke tengkorak di mana sendi berada di kedua-dua belah kepala, berhadapan telinga.

Menurut sumber Healthline, masalah di kawasan ini akan menyebabkan sakit sendi, sakit muka dan kesukaran menggerakkan rahang menjejaskan aktiviti bercakap dan makan.

3. Pengambilan gula secara berlebihan

Mengunyah gula-gula getah dalam kuantiti banyak secara tidak sedar akan mengakibatkan kandungan gula dalam badan anda akan berlebihan.

Anda boleh makan gula-gula getah jenis 'bebas gula' atau kandungan pemanis tiruan rendah kalori.

Seperti yang dilaporkan oleh Insider, satu kajian yang diterbitkan dalam Jurnal British berkata banyak masalah kesihatan dilaporkan pada orang yang mengambil lebih daripada 30 gram sorbitol setiap hari.

Jumlah ini bersamaan dengan 24 keping gula-gula getah tanpa gula.

4. Irritable bowel syndrome (IBS)

Mengunyah gula-gula getah boleh mencetuskan masalah pencernaan seperti IBS.

Pesakit mungkin akan sakit perut, kekejangan dan perubahan dalam kitaran normal dalam usus.

"Mengunyah gula-gula getah boleh menyumbang kepada IBS kerana udara berlebihan ditelan, menyumbang kepada sakit perut dan kembung," jelas Ketua Gastroenterologi di Pusat Perubatan Vincent, California, Patrick Takahashi.

Selain IBS, pemanis tiruan seperti sorbitol dan mannitol boleh mencetuskan cirit-birit kepada orang yang sihat.

5. Kerosakan gigi

Kekerapan mengunyah gula-gula getah mengandungi pemanis tiruan menyebabkan lawas berak kerana anda berulang alik untuk buang air besar seperti cirit-birit.

Perbuatan mengunyah gula-gula getah ini sama seperti 'mencuci' gigi dengan gula, terutamanya jika anda kerap melakukannya.

Tetapi itu tidak bermakna mengunyah gula-gula getah ini sesuatu perkara yang baik.

Gula akan menyebabkan kerosakan enamel gigi, menjadikan bakteria dalam mulut 'berpesta' lalu mencetuskan bau tidak menyenangkan dalam mulut.

6. Risiko tertelan merkuri

Risiko ini tidak bermakna gula-gula getah mengandungi merkuri.

Individu mempunyai rongga gigi pastinya terdapat tampalan berwarna perak terdiri daripada merkuri, perak dan plumbum pada kawasan ini.

Penyelidikan telah menunjukkan bahawa gula-gula getah boleh memberi risiko untuk seseorang itu tertelan merkuri apabila tampalan tertanggal.

Walau bagaimanapun, jumlah merkuri tersebut selalunya tidak besar jadi ia tidak berbahaya.

Merkuri boleh dikeluarkan oleh badan melalui saluran usus lalu dicernakan tetapi anda pastinya risau jika terdapat logam dalam badan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain