suria

Anda biasa beri kucing makan nasi... apakah ia bahaya atau sebaliknya?

Ramai yang memberikan kucing mereka makan nasi.

BERAS adalah makanan ruji masyarakat Malaysia sehingga ramai daripada kita yang tidak boleh 'hidup'' tanpa menjamah walah sepinggan nasi.

Tidak hanya itu, ada di antara pemilik kucing turut memberikan nasi kepada si bulus yang biasanya digaul bersama protein seperti ikan atau ayam dalam diet mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Nak halau tak sampai hati... Ini sebab kenapa si bulus suka ganggu, asyik duduk atas keyboard komputer

Namun boleh atau tidak nasi diberikan kepada kucing dan adakah ia diet yang sesuai untuk si bulus?

Jawapannya boleh! Ini kerana nasi bukanlah makanan beracun untuk kucing namun ia hanya boleh mengambilnya dalam kuantiti kecil sahaja.

Ini kerana kucing adalah haiwan jenis karnivor dan nasi hanya sebagai sampingan dan protein seperti ikan, ayam dan gading adalah diet utamanya.

Kucing

Kucing boleh makan nasi tapi dalam kuantiti sederhana.

Meskipun nasi tidak mengandungi nutrisi yang diperlukan kucing, pengambilan nasi dalam kuantiti sederhana dapat memberikan beberapa manfaat kepada kucing.

Ini termasuklah membekalkan kalori dan membantu menstabilkan sistem pencernaannya. Selain itu, ia dapat mencegah dehidrasi kerana kandungan airnya yang tinggi.

Malah sekiranya kucing anda mengalami masalah penghadaman, sedikit nasi yang dicampur dalam makanannya dapat membantu memulihkan keadaannya.

Nasi juga membantu najis kucing menjadi lebih keras dan mencegahnya daripada kehilangan lebih banyak air.

Sementara itu, meskipun kucing boleh makan nasi, pengambilan nasi berlebihan dapat menyebabkan komplikasi kepadanya seperti elergi, muntah, perut kembung, penurunan berat badan kucing dan sebagainya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain