suria

Beli syarikat RM1, seragam hijau kru kabin antara fakta menarik sempena ulang tahun ke-20 AirAsia

Tan Sri Tony Fernandes dan Datuk Kamarudin Meranun bergambar bersama pesawat airasia pada 2001.

DUA puluh tahun lalu tidak ramai yang mampu menaiki kapal terbang kerana kosnya yang mahal malah destinasi seperti Chiang Rai di Thailand dan Bandung di Indonesia hampir tidak pernah didengari.

Namun idea penubuhan syarikat tambang murah AirAsia oleh dua tokoh dalam dunia penerbangan Malaysia iaitu Datuk Kamarudin Meranun dan Tan Sri Tony Fernandes telah merevolusikan industri itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Memperkenalkan FACES, inovasi pertama dunia... pengecaman muka, pesan dan bayar semuanya dalam satu aplikasi

Bermula dengan hanya dua pesawat Boeing 737-300s, satu destinasi (Langkawi) dan hanya 250 Allstars mengharungi pelbagai cabaran seperti landasan lapangan terbang yang ditenggelami air, penerbangan tertangguh, serangan burung dan kesan daripada peristiwa hitam dalam industri penerbangan pasca 11 September 2001.

[Caption] AirAsia 20th Birthday Special Flight Crew_1

Juruterbang dan kru kabin terawal AirAsia diberi penghormatan mengendalikan penerbangan ke Kota Kinabalu pada 8 Disember lalu.

Tetapi itu semua tidak pernah membuatkan Allstars berputus asa. Kini dalam masa 20 tahun, AirAsia telah berubah menjadi sebuah syarikat digital yang fokus pada perjalanan dan gaya hidup, di samping menjadikan impian sebagai kenyataan.

"Kami terus memasang impian selama dua dekad, menawarkan perjalanan udara untuk orang ramai dan mencapai pelbagai impian dan ia tidak pernah berhenti untuk terus mara ke hadapan," kata Tony.

Bersempena ulang tahun itu, AirAsia baru-baru ini menandakan peristiwa itu dengan penerbangan khas dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu yang dikendalikan oleh kru kabin dan juruterbang yang masing-masing mempunyai pengalaman lebih dua dekad bersama syarikat itu.

Mereka adalah Kapten Ezanie, Kapten Omar Taib dan empat kru kabin iaitu Adilah Rahim, Faizal Seth, Linda Aziz dan Salmi Shanim.

[Caption] AirAsia’s previous uniform circa DRB-Hicom days

Pakaian seragam krew airasia di awal kemunculan syarikat penerbangan itu mungkin tidak diketahui ramai.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan bersama media ketika penerbangan ke Kota Kinabalu termasuklah mempamerkan pakaian seragam AirAsia pada era DRB-Hicom yang terdiri daripada tiga helai pakaian iaitu baju berkolar, vest dan jaket secara eksklusif.

Bagi kru wanita, pakaian seragam itu dilengkapkan dengan selendang yang diikat di leher. Warnanya pula adalah hijau dan biru untuk mewakili sejarah AirAsia.

Pakaian seragam ikonik AirAsia yang berwarna merah pula telah direka oleh Kru Kabin kami dan graduan reka bentuk Paris American Academy, Lazarus Shuib. Reka bentuknya memenangi Pakaian Seragam Terbaik di Pertandingan Antarabangsa Miss Airline (2004) semasa Pameran Udara China ke-5 di Zhuhai.

Bersempena dengan sambutan 20 tahun AirAsia pada 8 Disember lalu, mStar menyingkap 20 kejayaan dikecapi syarikat penerbangan itu.

782D8974-6252-484D-96F8-BA4DA2198357

Tony dan Kamarudin membeli AirAsia dengan harga RM1.

1. Mendemokrasikan perjalanan udara

Daripada RM1, AirAsia menjenamakan dan melancarkan semula syarikat penerbangan yang dibebani hutang kepada syarikat penerbangan tanbang rendah untuk semua, seterusnya merevolusikan industri penerbangan kerana kini sesiapa pun boleh terbang.

file7iccdqox1qh16p9rl1cz

AirAsia telah merialisasikan impian ramai orang untuk menaiki kapal terbang.

2. Merealisasikan impian

Bagi sesetengah orang, mereka ingin merasai pengalaman penerbangan buat kali pertama, menikmati Assam Laksa di Pulau Pinang atau melangsungkan perkahwinan di dalam penerbangan. AirAsia bukan sahaja menjadikan penerbangan berpatutan, tetapi telah merealisasikan jutaan impian.

file7cgrb886dmu539wv803

Pada 2005 airasia memperkenalkan sistem tempahan menyeluruh secara peranti mudah alih.

3. Memacu evolusi digital

Selain menjadi syarikat penerbangan pertama di Asia yang tidak menggunakan tiket pada tahun 2002 dan syarikat penerbangan pertama di dunia yang menggunakan perkhidmatan SMS untuk membuat tempahan, AirAsia adalah syarikat penerbangan pertama di dunia yang menawarkan sistem tempahan menyeluruh melalui peranti mudah alih pada tahun 2005.

679DE34D-930C-4A80-8ECA-219C5EB9CAB5

4. Mencipta rekod

Pada tahun 2009, AirAsia mencipta rekod dunia baharu apabila melancarkan kempen 1 Juta Tempat Duduk Percuma yang menyaksikan 402,222 tempat duduk terjual dalam masa 24 jam. Kempen Tempat Duduk Percuma ini sejajar dengan jenama dan pendirian mereka iaitu kini sesiapa pun boleh terbang.

5. Menerima pengiktirafan bertaraf dunia

AirAsia adalah satu-satunya syarikat penerbangan tambang rendah di dunia yang dianugerahkan anugerah terbaik di dunia selama 12 tahun berturut-turut bermula dari 2009-2021, di samping pelbagai anugerah global lain.

[Caption] AirAsia’s guests were treated to a special chocolates by Love18c

Kru kabin sentiasa memastikan penumpang mendapat layanan yang baik.

6. Membina komuniti

Dengan mobiliti, lebih banyak universiti kini boleh diakses oleh pelajar seperti mereka dari rumah panjang di Sabah dan Sarawak. Ibu bapa daripada pelbagai golongan juga mampu untuk menghantar anak mereka belajar lebih jauh, seterusnya meningkatkan komuniti dan mengubah taraf hidup mereka menjadi lebih baik.

7. Menghubungkan orang ramai

Dengan operasi di seluruh Malaysia, Thailand, Indonesia dan Filipina, AirAsia merapatkan lagi jurang 600 juta penduduk di Asean. Kampung halaman yang memerlukan pemanduan selama sembilan jam kini boleh diziarahi hanya dalam masa 45 minit penerbangan.

file7h7evg6du45kjp0co01

8. Mewujudkan peluang perniagaan

Destinasi seperti Bandung mungkin menjadi sebutan ramai pada hari ini, tetapi ini kerana kru kabin Indonesia memberitahu Tony mengenainya! Destinasi yang sebelum ini sukar untuk dilawati oleh orang ramai kini tersedia untuk semua. Sememangnya antara kekuatan AirAsia adalah mewujudkan peluang perniagaan dan menghubungkan komuniti.

9. Menyokong perusahaan sosial

Menubuhkan Yayasan AirAsia untuk membantu membina komuniti Asean di masa hadapan dengan menyokong perusahaan sosial, inovasi dan keterangkuman. AirAsia telah membiayai 28 geran perusahaan sosial dan membantu hampir 12,000 ahli keluarga dan komuniti di tujuh buah negara setakat ini.

[Caption] AirAsia 20th Birthday Special Flight Crew_2

airasia terus maju ke hadapan.

10. Menjadikan persekitaran lebih hijau

Berpandukan kepentingan alam sekitar, sosial dan ekonomi/tadbir urus (ESG atau EES), AirAsia berusaha untuk memainkan peranan dalam ketidaksamaan global dan isu alam sekitar. Pesawatnya hanya menggunakan satu enjin untuk pergerakan di darat bagi mengurangkan pelepasan dan menjimatkan bahan api. Ia juga adalah syarikat penerbangan pertama yang melaksanakan pendekatan Required Navigation Performance Authorisation Required (RNP-AR APCH) untuk laluan penerbangan di Malaysia bagi penjimatan bahan api.

11. Melancarkan airasia Super App

AirAsia telah memanfaatkan krisis ini sepenuhnya dan menggunakan masa henti dalam penerbangan sepanjang tahun lalu untuk beralih daripada sebuah syarikat penerbangan kepada sebuah syarikat digital semua-dalam-satu dengan hampir 20 produk dan perkhidmatan perjalanan dan gaya hidup seterusnya menjadi airasia sebagai satu cara hidup.

file7cjwvoo9pzldp4iqmwj

Santan antara cabang perniagaan baharu AirAsia.

12. Menubuhkan operasi logistik

Teleport adalah penyedia perkhidmatan logistik berteknologi serantau merangkumi pengangkutan, penghantaran dan e-dagang dengan keupayaan penghantaran merentas sempadan dalam masa 24 jam yang disokong oleh AirAsia dan rangkaian luas oleh rakan kongsi AirAsia.

13. Memulakan bank digital

BigPay adalah syarikat teknologi kewangan yang memfokuskan kepada penyelesaian pembayaran, perkhidmatan kiriman wang dan pinjaman. Sama seperti cara airasia mendemokrasikan perjalanan udara, visi BigPay adalah untuk mendemokrasikan perkhidmatan kewangan di seluruh Asean dengan menawarkan penyelesaian teknologi kewangan yang menyeluruh dan berada di landasan yang tepat untuk menjadi bank maya pertama di Asean.

[Caption] (Left) Captain Omar Taib and Captain Ezanie

Kapten Omar Taib (kiri) dan kapten Ezanie antara juruterbang paling lama berkhidmat dengan AirAsia.

14. Menerima pengiktirafan sebagai Unikorn

Transformasi AirAsia kepada kumpulan perjalanan dan gaya hidup berasaskan data dan teknologi telah diiktiraf sebagai salah satu daripada tiga Unikorn ASEAN yang berpangkalan di Malaysia oleh Laporan Credit Suisse. Kini AirAsia bukan lagi dikenali sebagai sebuah syarikat penerbangan, tetapi merupakan kumpulan perkhidmatan digital. Walaupun airasia masih berada dalam industri penerbangan, tetapi airasia menawarkan lebih banyak perkhidmatan!

15. Mengubah kehidupan

Kini anda boleh menempah penerbangan, perjalanan ke/dari lapangan terbang, membeli barangan bebas cukai, memesan makanan, barangan runcit, bungkusan dan lain-lain - semuanya di airasia Super App! Apa yang paling penting, usaha e-dagang kami telah membantu membina semula perniagaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana, mengubah usahawan luar talian kepada dalam talian, membantu meningkatkan kemahiran usahawan, dan banyak lagi.

76C9A2F8-AC10-48B5-8089-C076A6BAAA71

16. Menyediakan peluang pekerjaan

Daripada hanya 250 Allstars, airasia kini mempunyai kira-kira 16,000 Allstars di seluruh rantau ini. Dengan penubuhan Teleport, Asia Digital Engineering (ADE) dan restoran francais Santan, AirAsia terus menyediakan peluang pekerjaan dan pendapatan untuk kakitangan dan ramai lagi termasuk warga emas berusia 70 tahun sebagai pemandu e-penggilan airasia.

17. Memupuk dan meningkatkan kemahiran

Sentiasa mengiktiraf para Allstars sebagai tunjang utama AirAsia. Justeru, ia terus menyokong mereka di bawah AirAsia Academy dengan memupuk kemahiran untuk berkembang lebih maju dalam era digital. AirAsia mempunyai Allstar yang telah meningkatkan kemahiran daripada operasi darat kepada penganalisis data, daripada pembantu pegawai keselamatan kepada pembantu keselamatan siber, daripada jurutera pesawat kepada jurutera perisian dan banyak lagi. AirAsia juga mempunyai pembantu penghantar yang kini telah menjadi seorang juruterbang - tiada yang mustahil di AirAsia!

888F2BAA-CEC2-4AD3-8AFB-EA5C6B6CA043

18. Meraikan kepelbagaian

Kepelbagaian, keterangkuman dan kesamaan adalah aspek penting dalam operasi AirAsia. Pada tahun 2003, syarikat ini telah melanjutkan umur persaraan kru kabin kepada 55 tahun untuk kru lelaki dan perempuan, satu langkah yang kritikal di dalam industri. airasia juga merupakan syarikat penerbangan pertama di Asean yang membuka pintu untuk juruterbang wanita bersama Kapten Norashikin Onn, yang juga merupakan juruterbang komersial wanita pertama di Malaysia.

19. Mencungkil bakat dari akar umbi

AirAsia menyokong atlet baharu dan bekerjasama dengan ramai atlet terkenal untuk menyediakan peluang pembelajaran untuk komuniti akar umbi. Salah satu contoh adalah penajaan Ben Proud, seorang atlet Olimpik British yang bekerjasama dengan AirAsia untuk menjalankan klinik renang untuk kanak-kanak berumur antara 10 hingga 15 tahun di seluruh Asean.

[Caption] AirAsia’s 20th Birthday Celebration onboard

20. Mengutamakan tetamu

AirAsia memastikan tetamu menikmati pengalaman yang luar biasa dengan AirAsia dan memastikan keselamatan dan kesejahteraan mereka pada setiap masa. Ini termasuklah mengutamakan mereka dalam semua inovasi termasuk prosedur tanpa sentuhan serba baharu yang telah diperkenalkan baru-baru ini untuk memastikan keselamatan mereka dan kakitangannya, selain produk dan perkhidmatan baharu untuk memenuhi keperluan gaya hidup mereka.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain