suria

Kenapa kucing kerap minta makanan? Ini 7 punca si bulus tetap lapar walaupun selepas makan

Sesetengah kucing masih meminta makanan walaupun baru sahaja diberi makan.

DALAM sesetengah situasi, kucing mempunyai tingkah laku yang comel tetapi kadang-kadang haiwan ini juga boleh mengganggu kita kerana mereka cenderung cerewet tentang makanan.

Jika kucing anda kelihatan lapar sepanjang masa dan meminta makanan, jangan abaikan.

ARTIKEL BERKAITAN: Biar betul... Berhenti merokok, kurangkan kafein boleh selesaikan masalah ketiak basah!

Mungkin terdapat masalah kesihatan serius pada kucing peliharaan anda.

Tujuh sebab di bawah mungkin menjelaskan mengapa kucing kesayangan anda kelihatan sentiasa lapar.

1. Bosan

Kadang kala meminta makanan bukan bermaksud kucing anda itu sedang lapar.

Sama seperti manusia, keinginan berterusan kucing untuk sentiasa makan mungkin kerana bosan, tiada apa yang boleh dilakukan selain makan.

Adalah penting untuk memastikan kucing anda aktif secara fizikal dan mental, terutamanya apabila kucing berada di dalam rumah terlalu lama.

Beberapa perkara boleh memastikan kucing aktif dan kurang bosan, seperti rumah pokok kucing untuk berlatih kemahiran memanjat.

2. Parasit atau cacing gelang

Salah satu punca yang menyebabkan kucing sentiasa lapar ialah parasit pada usus.

Cacing ini memakan segala makanan kucing dan akan menjejaskan keperluan pemakanan kucing.

Akibatnya, kucing anda akan meminta lebih banyak makanan atau makan dengan kuantiti lebih banyak.

3. Salah makan

Jika kucing terus "merengek" lapar walaupun sudah makan, cuba semak kandungan nutrisi dalam makanan kucing.

Pastikan makanan kucing anda mempunyai keseimbangan yang betul daripada lima kumpulan nutrien utama iaitu protein, lemak, vitamin, mineral dan karbohidrat.

4. Kencing manis

Diabetes pada kucing adalah penyakit yang menyebabkan badan kucing kehilangan keupayaan untuk memecahkan glukosa kepada tenaga dan sering dikaitkan dengan peningkatan selera makan.

Tanda-tanda lain pada kucing kencing manis ialah rasa dahaga dan kandungan kencing meningkat.

Jika kencing manis menjadi punca kucing anda meningkat keinginan untuk makan, selera makan kucing anda akan kembali normal selepas rawatan yang sewajarnya.

5. Hipertiroidisme

Hipertiroidisme pada kucing disebabkan oleh tumor kelenjar tiroid menyebabkan pengeluaran hormon tiroid secara berlebihan.

Salah satu gejala utama hipertiroidisme ialah penurunan berat badan walaupun selera makan meningkat.

Tanda-tanda hipertiroidisme juga termasuk hiperaktif, tercungap-cungap untuk udara atau muntah.

6. Kanser

Kanser adalah satu lagi sebab mengapa nutrien tidak diserap dengan baik oleh kucing dan mendorong haiwan itu untuk meminta lebih banyak makanan.

Malangnya kanser pada kucing sukar dikesan kerana kucing cenderung untuk menutup kesakitan mereka alami.

Perhatikan simptom biasa seperti kelesuan, muntah atau penurunan berat badan pada kucing.

7. Stres

Anda sebagai manusia juga akan makan dengan banyak jika tertekan bukan? Samalah seperti kucing.

Antara punca masalah ini adalah kurang perhatian dan kasih sayang kepada kucing kerana haiwan ini sangat sukakan belaian dan kasih sayang daripada manusia.

Sebagai tuan si bulus, anda haruslah kerap bermain supaya mereka rasa lebih disayangi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain