suria

Selepas guna biarkan pintunya terbuka jika mahu mesin basuh tahan lama

Biarkan pintu mesin basuh anda terbuka selepas digunakan.

MESIN basuh sangat penting kerana ia dapat membantu menyelesaikan kerja suri rumah dengan lebih cepat.

Pelbagai jenis mesin basuh yang boleh dipilih dengan ciri-ciri tertentu mengikut keperluan dan salah satunya adalah mesin basuh dengan bukaan hadapan.

ARTIKEL BERKAITAN: Boleh kupas kulit buah, lembutkan roti antara 5 kegunaan microwave yang ramai tak tahu

Sebenarnya terdapat pelbagai kebaikan menggunakan mesin basuh bukaan depan ini termasuk menjimatkan penggunaan air ketika membasuh.

Bagaimanapun ramai tidak menyedari bahawa menutup pintu mesin basuh selepas digunakan dapat menyebabkan pelbagai masalah.

Pintu mesin basuh bukaan depan perlu dibiarkan terbuka selepas digunakan.

maxresdefault

Sentiasa cuci bahagian getah di belakang pintu mesin basuh agar sentiasa bersih.

"Pertama perkara yang saya sering ingatkan kepada pengguna ketika membaiki mesin basuh adalah dengan membiarkan pintu mesin basuh dalam keadaan terbuka ketika tidak digunakan," kata seorang pakar membaiki alatan itu.

Jelasnya, membiarkan pintu tertutup selama berjam-jam bahkan berhari-hari boleh mendatangkan masalah termasuk pembentukan kulat dan kuman.

Katanya, mesin basuh dengan bukaan depan boleh mengumpul kotoran, bakteria dan air di dalam lipatannya menjadikan ia tempat paling sempurna untuk kulat, bakteria berkembang.

Faktanya, ramai terpaksa menggantikan lapisan getah di bahagian pintu mesin basuh kerana kotoran yang melekat sudah tidak boleh dihilangkan dan ada di antaranya terpaksa membeli mesin basuh baharu.

"Selain membiarkan pintunya terbuka selepas digunakan, cuba lap bahagian getah di belakang pintu mesin basuh dengan kain agar ia tidak lembab dan sentiasa bersih," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain