MAJLIS perkahwinan Melayu kaya dengan adat dan tradisi yang dijunjung tinggi sejak zaman nenek moyang kita.
Namun hari ini, ramai pasangan muda memilih untuk mengetepikan sebahagian daripadanya kerana merasakan ia rumit, tidak perlu dan menelan belanja besar.
Seorang pengguna Threads dikenali sebagai Ainee Adnan turut berkongsi pandangannya tentang perubahan berkenaan.
"Tahniah Gen Z pecah tradisi kenduri yang menyusahkan. Kenduri buat waktu sarapan. Tetamu hadir jauh tak perlu balik lewat.
"Boleh luangkan masa berjalan-jalan selepas kenduri. Pengantin tak stres jaga wuduk. Mekap lepas subuh, tahan lebih tujuh jam. Berbaloi bayar mekap artis mahal-mahal.
"Boleh sambung post wedding photoshoot. Hantaran tak perlu nak tunjuk pada semua orang. Very personalized gift. Tetamu tak jemput ramai. Very intimate event.
"Yang penting berkat. Moga kekal hingga ke syurga," tulis wanita itu.
Pandangan orang ramai
Hantaran yang dimuat naik wanita itu turut dihujani pelbagai komen netizen.
Di ruangan komen, seorang lelaki berkata dia juga merancang majlis perkahwinan serba ringkas kerana enggan pening kepala menguruskan kenduri seperti mana biasa dilakukan.

Majlis perkahwinan orang Melayu kaya dengan adat dan berlangsung penuh meriah. -Gambar hiasan AI
"Saya bukan Gen Z. Tapi kalau boleh, Jumaat petang akad nikah di pejabat agama dengan kehadiran mak ayah dan adik beradik pengantin saja. Bergambar sekejap di pejabat agama.
"Jumaat tu tak perlu kenduri, hanya belanja makan ahli keluarga terdekat. Lepas tu pagi Sabtu nak buat intimate breakfast, jemputan kurang 300 orang.
"Satu kali (majlis) gabung kenduri. Saya dah masuk umur 30. Tengok wedding kawan pun dah letih," kongsinya.
Beberapa lagi individu turut bersetuju dengan cadangan mengadakan kenduri ringkas tanpa pembaziran.
"Saya pun nak buat majlis pagi. Biar selesai sebelum waktu Zohor.
"Intimate event paling bagus. Dapat jimat banyak. Sebabnya kos paling banyak dekat makanan je.
"Ramai je dari zaman sebelum Gen Z nak buat majlis macam tu. Tapi mak ayah tak nak bagi kerjasama," tulis netizen.


