ISLAM melarang pasangan berkahwin melakukan persetubuhan apabila isteri dalam haid.
Namun, di sebalik larangan ini masih ada individu yang degil dan sanggup membelakangi agama demi nafsu mereka.
Di Threads, tular kisah seorang wanita yang dipaksa melayan nafsu suaminya walaupun ketika sedang datang bulan.
"Pelik, kawan saya cakap suami dia lebih bernafsu ketika dia period. Lebih bernafsu daripada biasa.
"Jadi, waktu period pun dia kena layan suami. Kesian dengar cerita dia," kongsi seorang wanita.
Komen netizen
Perkongsian kisah yang melibatkan rakannya itu turut menerima pelbagai komen daripada netizen.
"Weh, suami dia tak belajar agama ke?
"Eh, jatuh haram walaupun dah berkahwin," tulis netizen.

Segelintir wanita hidup terseksa kerana suami jahil agama. -Gambar hiasan AI
Menurut seorang lagi wanita, ada segelintir individu yang sengaja melakukan seks ketika haid yang dikatakan dapat menghilangkan sakit senggugut.
"Saya ada tengok satu video TikTok tentang isu ni. Berlambak mat salih suka 'mengawan' ketika period.
"Boleh hilangkan senggugut katanya. Geli. Tapi hairan bila ada juga muslim yang macam ni. Kesian isteri dapat suami jahil agama," tulisnya.
Risiko seks ketika haid
Menurut Hello Doktor, bersetubuh ketika datang bulan meningkatkan risiko jangkitan penyakit kelamin.
Malah, persetubuhan yang dilakukan sewaktu pendarahan haid tetap membolehkan wanita berdepan kemungkinan untuk mengandung.
Katanya lagi, peratusan untuk hamil adalah rendah sewaktu period dan bukannya 0 peratus.
Jadi, ini bermakna ada kemungkinan untuk kehamilan itu berlaku.


