suria

Semak semula durasi ‘morning wood’ anda, jika bertahan lebih sejam bukan petanda baik!

Mengalami ereksi pada waktu pagi adalah sesuatu yang normal untuk lelaki. -Gambar hiasan AI

EREKSI sejurus bangun tidur adalah sesuatu yang sangat normal dan sebenarnya menjadi petanda keadaan kesihatan baik untuk lelaki.

Kebanyakan lelaki menggelarkannya sebagai morning wood, namun dalam dunia perubatan ia disebut sebagai nocturnal penile tumescence (NPT).

Menurut klinik kesihatan lelaki London Andrology, ia juga berbeza daripada rangsangan seksual kerana ereksi nokturnal berlaku disebabkan fungsi normal sistem reproduktif lelaki.

Ereksi pagi merupakan petanda positif yang menunjukkan kesihatan dalam beberapa aspek ini:

1. Testosteron: Ereksi pagi menandakan paras testosteron anda berada dalam keadaan sihat.

2. Kesihatan seksual: Kehadiran ereksi pada waktu pagi menunjukkan tanda kesihatan seksual yang baik.

3. Aliran darah: Ia menunjukkan aliran darah yang sihat masuk dan keluar dari tisu erektil untuk menghasilkan ereksi yang normal.

4. Kesihatan saraf: Mengalami ereksi pagi menandakan sistem saraf parasimpatetik anda berfungsi dengan baik.

Lelaki yang normal akan mengalami ereksi selepas bangun pada waktu pagi. -Gambar hiasan AI

Jika anda mengalami mana mana perkara berikut, pertimbangkan untuk berjumpa doktor atau pakar urologi:

1. Ereksi yang menyakitkan

Jika ereksi menyebabkan kesakitan, dapatkan pandangan perubatan. Sesetengah lelaki mempunyai kelengkungan zakar yang menyebabkan kesakitan ketika ereksi.

Keadaan ini dipanggil congenital curvature of the penis, dan terdapat beberapa rawatan untuknya.

Ereksi yang menyakitkan atau sakit pada testis juga boleh menjadi tanda masalah lain. Jangan biarkan tanpa diagnosis kerana keadaan boleh menjadi lebih teruk.

2. Ereksi yang berlangsung terlalu lama

Ereksi nokturnal biasanya akan reda selepas 30 minit atau sedikit lebih lama. Jika ereksi pagi berlangsung selama berjam jam, ini adalah simptom priapisme dan anda perlu segera mendapatkan rawatan kecemasan.

Priapisme adalah sejenis keadaan kekurangan oksigen dalam tisu akibat gangguan aliran darah. Ia boleh menyebabkan kerosakan kekal, jadi jangan tangguhkan rawatan.

3. Ketiadaan ereksi pagi secara tiba tiba

Walaupun ketiadaan sekali sekala tidak membimbangkan, perubahan mendadak atau ketiadaan ereksi pagi sepenuhnya adalah sebab munasabah untuk berjumpa doktor atau pakar urologi.

Lelaki berusia 60 tahun ke atas biasanya mengalami penurunan beransur ansur dalam ereksi pagi, jadi jangan panik jika ia berlaku.

 

Artikel Lain