suria

Merokok, bogel sambil main telefon masa berak dianggap nikmat! Ramai tak tahu mudarat duduk di tandas lebih 10 minit

Ada individu duduk terlalu lama dalam tandas kerana leka dengan telefon dan rokok. -Gambar hiasan AI

SEGELINTIR individu cenderung duduk di tandas dalam tempoh yang lama kerana leka bermain telefon atau merokok ketika membuang air besar.

Di Threads, seorang lelaki turut meraih perhatian ramai selepas dia berkongsi tentang tabiatnya itu.

"Benda paling 'feel' adalah berak tanpa seurat benang di badan dan rokok sebatang sambil main telefon.

"Betul tak para lelaki sekalian? Sila komen jika betul apa yang saya katakan," tulis pemuda itu.

Di ruangan komen, beberapa lelaki mengakui mereka juga suka bermain telefon dan merokok di dalam tandas.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan malu dapatkan rawatan, ketahui 4 tahap buasir jika terus dibiarkan

ARTIKEL BERKAITAN: Penghidap buasir boleh ke tolak benjolan guna jari ketika berpuasa? Fahami betul-betul penjelasan mufti

"Betul. Berak sambil bogel, hisap rokok, main game Mobile Legends (ML). 'Syahdu' (nikmat).

"Sedar tak sedar, setengah jam dalam tandas. Itu belum kira sambung main ML lagi," komen netizen.

Namun, ramai juga pelayar Threads lain yang menegur kesan buruk perbuatan itu.

Risiko buasir

Hantaran yang dimuat naik oleh lelaki itu turut menarik perhatian laman advokasi kesihatan Public Health Malaysia.

"Kesannya, darah berkumpul di kawasan rektum, otot pelvic floor jadi tegang dan vena (salur darah) membengkak.

"Berak lebih daripada lima hingga 10 minit meningkatkan risiko buasir," tulis Public Health Malaysia di laman sosialnya.

 

Artikel Lain