KEBANYAKAN wanita Melayu masih mengekalkan amalan berpantang selepas bersalin, satu tradisi yang sudah berakar umbi dalam masyarakat kita sejak turun-temurun.
Namun dalam dunia moden hari ini, telah wujud golongan yang memilih untuk tidak mengikuti pantang secara penuh.
Di Threads, seorang wanita turut berkongsi kisahnya yang tidak mengikuti amalan berpantang selepas bersalin secara pembedahan.
"Ternampak posting tentang orang putih beranak tak pantang tapi cepat sihat. Masa lepas beranak caesarean (czer), saya tak ada pantang macam orang Melayu sangat.
"Mak saya hanya masak normal untuk saya makan, cuma tak pedas. Cukup protein dan diet seimbang. Lima ke enam kali sehari saya makan tu dan turun berat badan.

Sesetengah wanita terpaksa mengikuti pantang ketat selepas bersalin kerana tekanan orang tua. -Gambar hiasan AI
"Saya punya luka juga sembuh dalam tiga ke lima hari. Saya boleh turun naik tangga lepas tujuh hari caesarean. Boleh cuci baju.
"Tip luka caesarean cepat baik adalah makan buah oren, jangan makan ikan haruan," tulis wanita itu lagi.
Perkongsian wanita lain
Di ruangan komen, seorang wanita mendedahkan dia juga tidak berpantang makanan selepas bersalin.
"Saya makan cincau, Coke, kopi ais dan semua makanan sedap selepas lahirkan kedua-dua anak. Saya juga caesarean.
"Alhamdulillah, sekarang di usia 45, saya dah sertai marathon, daki gunung, diving dan nikmati hidup.
"Diet ketat berpantang boleh jadi tak sihat sebab ibu dan anak perlukan nutrien sebenar daripada makanan. Yang penting adalah saiz makanan dan keseimbangan.
"Ini bukan pasal tak ikut adat, ini tentang logik, keseimbangan dan cara jaga badan," tulis wanita itu.
Beberapa lagi wanita tempatan turut mengakui mereka tidak begitu mengikuti adat berpantang Melayu.
"Pantang tak semestinya bab makan saja. Yang penting, cukup rehat, tidur, emosi stabil dan sokongan sekeliling. Saya hanya faham tentang hal ini selepas bersalin anak ketiga.
"Sepanjang enam kali bersalin, saya tak pernah pantang makan. Makan macam biasa, buat kerja rumah macam biasa. Cuma tak skip bertungku dan pakai bengkung.
"Betul, makan je sepuasnya. Tapi janganlah terus melantak ayam gepuk pedas. Berpantang tu jaga makan minum, bukan tak makan langsung," tulis netizen lagi.


