suria

Membesar sihat seiring usia.... Ibu kongsi rahsia bayi montel, cepat tinggi dengan 2 menu sarapan

Si cilik perlu diberi makanan berkhasiat untuk tumbesaran mereka. -Gambar hiasan AI

PASTI semua ibu bapa mahukan anak kecil mereka membesar dengan sihat, cukup tinggi serta berat badan seiring pertambahan usia.

Namun, ada masanya tumbesaran si manja tidak seperti yang diharapkan, sekali gus menimbulkan kegusaran.

Di Threads, seorang wanita dikenali sebagai Miinnn meraih perhatian ramai selepas berkongsi menu sarapan pagi yang disediakan untuk anaknya.

"Ibu-ibu, kalau nak anak tinggi dan berat cepat naik, kena bagi sarapan tinggi protein.

"Ini hidangan paling cepat dan senang untuk dibuat. Mash sebiji avokado dan dua biji telur rebus.

Telur dan avokado boleh dijadikan sarapan untuk si cilik. -Gambar hiasan

"Lepas tu bagi pisang sebiji. Simply dapat 500kcal semasa sarapan saja. Anak saya umur setahun 10 bulan.

"Beratnya 15 kilogram (kg) dan tinggi 92 sentimeter (cm)," kongsi wanita itu.

Dalam hantaran sama, dia turut memberi saranan kepada ibu bapa agar membawa anak-anak menerokai alam sekitar.

"Anak tak selera, makan memilih? Hentikan makanan bergula, jajan-jajan (snek) semua yang bukan makanan sebenar.

"Rajin bawa ke taman permainan, buka kasut bagi mereka 'grounding'. Kotor boleh basuh. 

"Biar dia terokai semua apa yang dia nak, jangan sikit-sikit larang anak," pesannya lagi.

Artikel Lain