suria

Ramai mula ‘puasa’, elak makan makanan laut selepas kes bot PATI karam di Langkawi... Ini nasihat doktor

Hasil laut seperti ikan, sotong dan udang menjadi menu harian rakyat negara ini. -Gambar hiasan

BERITA mengenai bot membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) yang karam berhampiran sempadan perairan Malaysia-Thailand dekat Langkawi, Kedah terus hangat menjadi bualan netizen di media sosial.

Berdasarkan semakan di Threads, beberapa netizen mula menyuarakan rasa bimbang untuk menikmati hasil laut yang ditangkap di sekitar pulau peranginan popular itu.

"Tadi jumpa video TikTok, dia cakap orang Langkawi kena puasa seafood sebab ada mayat belum jumpa. Bot bawa PATI karam.

"Mak aku tak bagi makan seafood di Langkawi sebab mayat pelarian Rohingya masih hilang dekat laut.

Dr Asyraf berkata hasil laut di Langkawi masih selamat untuk dimakan.

"Patutlah sotong murah-murah, jual lelong... rupanya orang geli nak makan kes bot Rohingya terbalik.

"Orang kat sana (Langkawi) pun dah bagi amaran, berhenti dulu makan makanan laut buat sementara waktu," tulis beberapa netizen.

Tambah netizen lagi, kejadian ini juga mengikatkan mereka tentang tragedi tsunami pada tahun 2004.

"Ingat masa tsunami dulu, ramai yang tak makan seafood untuk tempoh berapa lama kan?

"Teringat masa tsunami 2004, lama juga tak selera nak makan seafood," tulis netizen lagi.

Penjelasan doktor

Menurut pengamal perubatan dikenali sebagai Dr Asyraf Sam, hasil hidupan laut di kawasan sekitar kejadian itu adalah selamat untuk dimakan.

"Secara umumnya, seafood di Langkawi masih selamat untuk dimakan. Sebab laut ni sangat besar dan arusnya sentiasa bergerak. 

"Laut sendiri ada sistem semula jadi untuk menguraikan benda asing tanpa menjejaskan keseluruhan ekosistem.

Tangkap layar komen-komen netizen di media sosial.

"Jadi kejadian yang berlaku sangat rendah kemungkinan menyebabkan pencemaran makanan laut," ujarnya kepada mStar.

Menurut Dr Asyraf, orang ramai boleh mengambil beberapa langkah mudah untuk memastikan hasil laut yang dimakan selamat dan segar.

"Apa yang lagi penting dalam menentukan keselamatan makanan adalah kesegaran seafood itu sendiri, cara ia disimpan dan dimasak.

"Nasihat saya, pelancong yang nak pergi makan seafood di Langkawi, pertama, pilih kedai yang bersih. Kedua, periksa dulu seafood yang nak dimakan, pastikan seafood berbau segar dan tak hanyir. 

"Periksa juga tekstur seafood untuk pastikan ia pejal, kalau lembik elakkan. Yang ketiga, ambil tahu cara penyimpanan seafood ini. Sepatutnya cara simpan seafood mentah ini adalah pada suhu yang sejuk atau bekas berais.

"Jadi kalau nampak seafood terdedah kepada suhu bilik je, elakkan juga," pesannya lagi.

Artikel Lain