suria

Suka-suka buat urutan batin... Lelaki ketagih ‘happy ending’ berisiko kena penyakit, mati pucuk

Segelintir lelaki berkunjung ke pusat urutan haram demi melempiaskan nafsu mereka. -Gambar hiasan AI

URUTAN batin merupakan salah satu alternatif yang boleh dicuba oleh golongan lelaki jika mereka berdepan masalah berkaitan prestasi seks.

Namun, pendekatan ini berisiko sekiranya tekniknya tidak betul atau dilakukan oleh pihak yang tidak profesional.

Sebagai contoh, ada segelintir individu yang mendapatkan urutan pada alat sulit bukan untuk tujuan rawatan, tetapi untuk memenuhi keinginan seksual semata-mata.

Perkara ini biasanya dikaitkan dengan perkhidmatan tidak  profesional yang menawarkan ‘happy ending’ serta melibatkan aktiviti tidak bermoral.

Dari sudut kesihatan, perkhidmatan sebegini jelas membuka ruang kepada pelbagai risiko.

1. Penyakit jangkitan kelamin (STD)

Menurut Hello Doktor, pusat urut tidak berlesen yang menawarkan urutan batin lazimnya tidak mematuhi standard keselamatan.

Gaya hidup sihat boleh membantu meningkatkan prestasi seks suami isteri. -Gambar hiasan AI

Kebanyakan tukang urut mungkin datang dari luar negara dan tahap kesihatan mereka juga tidak dapat dipastikan.

Keadaan ini meningkatkan kemungkinan seseorang pelanggan itu terkena penyakit jangkitan kelamin.

2. Kerosakan kekal pada alat sulit

Individu yang mendapatkan urutan batin hanya untuk kepuasan nafsu biasanya terdedah kepada teknik yang tidak selamat oleh pengamal tidak bertauliah.

Tekanan, geseran atau hantakan yang terlalu kuat pada zakar berpotensi menyebabkan kecederaan kekal.

Kesan jangka panjang, individu itu mungkin akan mengalami ereksi tidak kuat, ejakulasi pramatang dan mati pucuk.

3. Salah di sisi undang-undang

Perkhidmatan urutan batin tanpa lesen juga boleh membawa implikasi undang-undang.

Jika anda berada di premis dan membayar untuk khidmat tersebut, anda boleh disabitkan kesalahan serta dikenakan hukuman.

 

Artikel Lain