suria

Air kencing tiada kaitan! Henti percaya petua mengarut jika disengat obor-obor, lebih baik ikut langkah ini

Jangan ikut petua mengarut sekiranya anda disengat obor-obor. -Gambar hiasan

SEORANG kanak-kanak warga Russia yang berusia dua tahun meninggal dunia pada Rabu selepas disengat obor-obor ketika bercuti di Langkawi, Kedah.

Kisah menyayat hati itu kecoh menjadi bualan warga maya sehingga menimbulkan pelbagai perdebatan mengenai bahaya sengatannya.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), berikut merupakan empat langkah yang boleh dilakukan selepas seseorang itu disengat obor-obor.

1. Bilas sengatan dengan cuka selama sekurang-kurangnya 30 saat. Campuran ini adalah rawatan pertolongan pertama yang paling berkesan untuk pelbagai jenis obor-obor.

2. Berhati-hati semasa mengikis apa sahaja baki tentakel yang masih terdapat di permukaan kulit. Selepas membilas sengatan itu, keluarkan sisa sengatan dengan menggunakan twizzer.

3. Jangan cuba menggosok tentakel dengan kain atau tuala, kerana ini akan menyebabkan sel-sel yang terkena sengatan cedera lebih teruk.

Semakin banyak anda bergerak ketika cuba menghilangkan tentakel obor-obor, semakin banyak racun akan dikeluarkan.

Jellyfish

Orang ramai perlu menjauhi kawasan yang dipenuhi obor-obor. -Gambar hiasan

4. Sekiranya anda mengalami kejutan, pastikan seseorang telah memanggil perkhidmatan kecemasan dan cuba menenangkan diri anda sebanyak mungkin.

Berikut pula merupakan tiga perkara yang tidak patut anda lakukan:

1. Jangan cuba merawat sengatan obor-obor dengan air kencing. Idea bahawa air kencing adalah rawatan yang baik untuk sengatan obor-obor mungkin berasal mitos  lama.

Tidak perlu kencing pada sengatan obor-obor anda.

2. Antara mitos popular bagi sengatan obor-obor adalah menuang alkohol atau minuman Coca Cola.

Ia sebenarnya boleh menyebabkan nematocysts mengeluarkan lebih banyak racun, yang membawa kepada pengalaman yang lebih menyakitkan.

3. Buang apa-apa bahan yang telah tercemar seperti objek yang anda gunakan untuk mengikis tentakel atau pakaian yang mungkin mempunyai tentakel di atasnya.

Artikel Lain