suria

Rupanya ramai langgar 'pantang' sebelum, selepas berurut... Patutlah selesai urutan, badan tetap sakit

Segelintir individu tetap sakit badan walaupun sudah menjalani beberapa sesi urutan. -Gambar hiasan AI

RAMAI individu berkunjung ke pusat urutan dengan harapan rasa lenguh dan sakit badan akan reda sebaik sahaja sesi rawatan selesai.

Namun, ramai tidak sedar bahawa tanpa persediaan dan penjagaan selepas urutan, kesakitan akan kekal sedangkan mereka sudah menghabiskan banyak wang membayar upah tukang urut.

Perkara itu dikongsi oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Mdmbota di aplikasi Threads.

"Mak ajar step sebelum dan selepas kau nak mengurut. Tak guna pergi urut, bayar RM80 sampai RM150 kalau step (langkah) salah. Memanglah sakit tak hilang.

"Sebab ramai pergi urut, balik rumah makin sakit. Bukan tukang urut tak power, tapi kau yang salah step," tulis wanita itu.

Sebelum

Menurut wanita berkenaan, mereka yang mahu pergi berurut digalakkan untuk mandi air suam sebelum proses urutan bermula.

"Sebelum urut, tolong mandi air suam. Ini basic paling ramai tak buat. 

Banyak pusat urut yang boleh dikunjungi di serata lokasi. -Gambar hiasan AI

"Sebab ikut fisiologi dan konsep muscle preparation, otot jadi lebih lembut, kapilari darah terbuka, therapist senang nak release angin, kurang rasa sakit dan badan lebih 'menerima' tekanan urutan," kongsinya.

Tambah wanita itu, mandian air sejuk tidak digalakkan kerana ia boleh menyebabkan kontraksi otot.

Selepas 

Dia turut memberi amaran kepada orang ramai agar tidak segera mandi selepas selesai sesi urutan.

"Lepas urut, tolonglah jangan mandi terus. Ini punca ramai jadi lagi sakit. Lepas urut, badan tengah dalam keadaan hyper-circulation, otot masih hangat.

"Tekanan darah tengah adjust, angin tengah naik ke permukaan dan tisu tengah renew and relax. 

"Kalau terus mandi, lagi-lagi air sejuk, otot 'terkejut' dan kontraksi mendadak, angin terperangkap, salur darah mengecut, badan jadi sengal, kepala boleh berat dan pening,"  kongsinya lagi.

Tambah wanita itu, waktu terbaik untuk mandi adalah satu atau dua jam selepas selesai urutan.

Selain mandi, orang ramai juga tidak digalakkan minum ais, mengangkat barang berat dan duduk di tempat sejuk atau berangin selepas berurut.

Artikel Lain