suria

Pukul 3 pagi isteri mengadu faraj keluarkan cecair...Terpaksa bangun cuci guna air suam

Masalah keputihan boleh menjejaskan keselesaan wanita. -Gambar hiasan AI

RAMAI wanita berdepan masalah keputihan yang boleh menyebabkan ketidakselesaan serta menimbulkan kebimbangan tentang kesihatan bahagian intim.

Di Threads, seorang wanita turut berkongsi tentang keputihan yang dialaminya sehingga dia hidup dalam keadaan terseksa selama beberapa hari.

"Aku ni jarang kena. Tapi setelah baik demam, seminggu lepas tu keputihan teruk. Gatal-gatal, sekali aku check, eh apa putih ni?

"Aku rujuk Google, ChatGPT, yeast infection. Aku ingatkan kalau tahan, sapu aloevera atau cuci boleh hilang. Rupanya tidak. Tiga hari aku terseksa.

"Bayangkan, pukul 3 pagi aku bangun pergi tandas nak guna air suam untuk cuci sebab tak tahan sangat," imbas wanita itu.

Menurutnya, masalah itu akhirnya selesai selepas dia mendapatkan sejenis ubat daripada sebuah klinik.

"Ubat insert tu memang padu. Hari pertama aku letak, pagi buta rasa gatal dan rimas. Aku ke tandas, terkejut tengok banyak keputihan keluar. Sekali lap, ada lagi.

Keputihan berlebihan boleh ganggu aktiviti harian wanita. -Gambar hiasan AI

Keputihan berlebihan boleh ganggu aktiviti harian wanita. -Gambar hiasan AI

"Alhamdulillah, aku dah pulih. Tapi aku kena kawal makanan yang banyak gula sebab yeast tu tetap ada dalam faraj kan? Ada gula lagi ia suka," tulis wanita itu.

Menurutnya, dia juga baru tahu tentang khasiat yogurt dalam mengatasi masalah keputihan.

"Lepas tu aku baru tahu rupanya kena rajin makan yogurt untuk bakteria baik. Aku beritahu suami, dia pun suruh amalkan," kongsinya lagi.

Menurut Hello Doktor, berikut adalah cara-cara hilangkan keputihan:

1. Mandi serta cuci faraj menggunakan sabun biasa, atau hanya air. Jangan gunakan mandian berbuih pada bahagian intim.

2. Elak menggunakan semburan faraj dan sebarang produk yang mengandungi pewangi.

3. Lap faraj dan kawasan sekitarnya dengan kain atau tisu bersih.

4. Basuh dan keringkan tangan anda sebelum menyentuh kawasan faraj.

5. Selepas persetubuhan, amalkan untuk membuang air kecil bagi bantu mencegah jangkitan saluran kencing.

6. Gunakan tampon, tuala wanita atau panty liner tanpa bau. Ganti selalu, sekurang-kurangnya setiap dua hingga tiga jam.

7. Pilih seluar dalam daripada material kapas kerana kapas berkesan dalam menyerap kelembapan. Ia menjadikan kulit sekitar faraj lebih sejuk dan kekal kering.

8. Amalkan yogurt yang mengandungi kultur hidup dan aktif.

Artikel Lain

Bung Moktar meninggal dunia