suria

[V] Lelaki rasa segak pakai seluar 'slim fit', tak sedar alat sulit tak cukup pengudaraan... Berisiko mandul, undang penyakit kulit

Pemilihan seluar penting untuk mengelakkan masalah kesihatan dalam kalangan lelaki. -Gambar hiasan

PERKEMBANGAN fesyen masa kini menyaksikan kebanyakan lelaki lebih gemar menggayakan baju dan seluar dengan cutting slim fit atau mengikut mengikut bentuk badan.

Selain nampak kemas, penampilan seperti ini membuatkan mereka lebih berkeyakinan tinggi apabila berada di khalayak.

Bagaimanapun, terdapat pelbagai risiko kesihatan yang perlu dihadapi jika anda terus menggayakan fesyen trending ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Pusat Rawatan Al Farhain Medical Centre Sdn Bhd, Dr Afif Mohd Ridzwan, antara risiko kesihatan yang boleh dialami adalah kemandulan dan masalah kulit sekitar kemaluan.

ARTIKEL BERKAITAN: Masalah faraj lesu, longgar lepas bersalin cuma mitos... Lahirkan bayi 3.5kg pun boleh ketat semula

"Lelaki zaman sekarang gemar pakai seluar ketat, tidur malam pakai seluar ketat, pakai seluar dalam pada waktu malam... risiko pakai ketat ni.

"Suhu badan kita adalah 37 darjah selsius tapi suhu testis adalah 35 darjah selsius sahaja.

"Apabila pakai ketat, testis akan rapat pada badan dan menyebabkan suhunya sama dengan badan," jelasnya menerusi perkongsian di TikTok.

Seluar yang lebih longgar dapat memberi pengudaran baik pada bahagian kemaluan lelaki. -Gambar hiasan

Seluar yang lebih longgar dapat memberi pengudaraan baik pada bahagian kemaluan lelaki. -Gambar hiasan

Akibat amalan pemakaian seluar ketat, air mani dan sperma juga menjadi tidak normal.

Bukan itu sahaja, lelaki juga berisiko mendapat masalah kesuburan dan mandul kerana salur darah berlipat atau terkepit.

"Selain masalah salur darah yang boleh menyebabkan kecederaan (pada alat sulit), kulat pun boleh muncul pada bahagian kemaluan," tambahnya yang bimbang dengan trend pemakaian lelaki masa kini.

Susulan itu Dr Afif menasihati golongan lelaki supaya tidak memakai seluar ketat semasa tidur.

Baginya, penggunaan kain sarung atau boxer adalah lebih baik kerana memberi pengudaraan pada bahagian kemaluan.

"Pakai boxer pun lebih baik, terutama dari segi pengudaraan dan kondisi kulit pun menjadi elok, penyakit pun berkuranglah.

"Seluar ketat dan seluar dalam tu pakai untuk sementara waktu sahaja," jelasnya sambil menambah masalah berpeluh pada bahagian kemaluan akan turut berkurang.

Artikel Lain