TUMBUHAN herba terkenal dengan pelbagai manfaat kesihatan.
Malah ia digunakan secara meluas dalam masakan mahupun perubatan tradisional.
Bagi anda yang mengalami masalah penghadaman dan lesu, cuba amalkan gabungan tiga bahan herba yang dikongsikan Suhaili Ellie Mohamed Tauhid di Facebook miliknya.
Malah difahamkan dia juga tidak mengambil sebarang ubat-ubatan moden apabila mengalami demam.
"Setiap kali demam, saya tak pernah makan ubat... saya cuma amalkan herba yang ada di sekeliling sahaja.
"Siapa dah cuba minum air dari gabungan kunyit, halia dan santan boleh rasai perubahan pada tubuh badan pada keesokan harinya," ujarnya berkongsi pengalaman.
Suhaili Ellie juga menyatakan bahawa dia gemar mengikut perkongsian beberapa pegawai perubatan popular seperti Dr Rizal dan Dr Suri Roowi.
Antara kelebihan minuman gabungan kunyit, halia dan santan adalah:
1. Bersihkan hati dari toksin yang terkumpul.
2. Mengurangkan keradangan dalam badan.
3. Membantu melancarkan sistem penghadaman.
4. Menjadikan badan lebih ringan dan bertenaga.
5. Kaya antioksidan untuk lawan radikal bebas.
6. Sokong kesihatan hati untuk jangka panjang.


