suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Saya tidak menangis apabila sedih” - Wanita amal ubat anti-kemurungan alami kesan sampingan, mula ‘hilang’ perasaan

Gejala kemurungan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

KEMURUNGAN merupakan salah satu masalah kesihatan mental yang semakin membimbangkan pada masa kini.

Lebih menyedihkan apabila ia berlaku dalam kalangan remaja dan kanak-kanak sehingga menjejaskan emosi.

Namun apa yang lebih mengejutkan apabila seorang wanita mendakwa ubat kemurungan memberi kesan buruk kepada penghidapnya.

Menerusi laman Thread, dia mendakwa ubat anti-kemurungan yang diambil membuatkan dia menjadi pelupa.

"Sejak ambil ubat, saya macam dah tiada perasaan yang melampau.

"Tidak menangis apabila sedih, tidak ketawa apabila gembira dan banyak perkara yang saya dah tak boleh ingat semula.

"Awalnya saya ingat hanya sementara, rupanya memori tu dah terpadam walaupun saya paksa untuk ingat,"  jelasnya.

Menurut wanita ini, dia mengambil ubat jenis lorazepam dan setraline.

Lebih mengejutkan apabila dia juga mendakwa perlu termenung dalam tempoh hingga dua jam sebelum dapat memulakan rutin harian.

"Setiap hari kena menung dulu sejam dua sebelum mula rutin harian," jelasnya lagi.

Namun katanya, ubat berkenaan memberi kesan baik dalam masalah kemurungan dialami.

Artikel Lain

Rawi MS meninggal dunia