STOK bahan perasa dan pes masakan yang disediakan lebih awal pastinya menjmatkan masa memasak.Selain pes halia, bawang merah dan putih yang dikisar untuk dijadikan stok, anda boleh juga menyediakan garam kunyit untuk bahan menggoreng seperti ikan dan ayam. Paling menarik, stok resipi yang dikongsikan Rosms Aini Kak Atie di Facebook ini boleh digunakan sehingga lebih enam bulan dan tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk.Menurutnya, stok tersebut adalah diwarisi daripada arwah neneknya demi memudahkan urusan memasak.Bahan-bahan:500g bawang putih 400g kunyit hidup 500g serbuk kunyit 700g garam halus 2 cawan cukaKesemua bahan perlu dikisar sebati.Cara penyediaan: 1. Kisarkan semua bahan hingga sebati.2. Kemudian campurkan dengan cuka.3. Simpan di dalam bekas bertutup.Tip: Halia akan membuatkan bahan gorengan menjadi hitam.Fungsi cuka adalah seperti halia untuk menghilangkan hanyir ayam, ikan mahupun daging.