suria

Tak boleh makan sedap! Ikut cara wanita ini jika mahu elak anak jadi ‘picky eater’, latihan seawal usia 6 bulan

Kesilapan rutin pemakanan awal menyebabkan anak gemar memilih makanan. -Gambar hiasan

MEMANG seronok melihat anak kecil makan setiap hidangan yang disediakan untuknya.

Jadi jika anda ingin mengelakkan si manja menjadi picky eater perlu lakukan beberapa saranan seperti dikongsikan Alyn Hj Ali di Facebook.

Ujarnya ketika berkongsi pengalaman, anak yang baru berusia enam bulan tidak boleh diberi makanan yang sedap.

Pastikan hanya bubur kosong atau cerelac kosong dan sayur-sayuran dahulu.

Menurut Alyn, bayi di usia tujuh bulan perlu diberikan buah potong dan bukan puree buah.

"Buah potong yang dipegang menggunakan tangan lebih bagus berbanding puree buah. Ia dapat membantu hand sensory, belajar pegang makanan dan merasa sendiri makanan.

Mentega bantu meningkatkan selera bayi.

Mentega bantu meningkatkan selera bayi.

"Bubur pula kekalkan satu atau dua sahaja campuran beras dan bayam atau beras dan ayam," ujarnya.

Selain itu, Alyn juga mencadangkan supaya anak kecil diberikan mentega tanpa garam bagi membantu menambah lemak.

Malah katanya, bayi berusia enam hingga tujuh bulan hanya makan sekali sehari.

"Tujuh hingga lapan bulan pula dua kali sehari manakala lapan hingga 10 bulan ditambah kuantiti.

"Bagi usia 10 hingga 12 bulan pula, tiga kali sehari namun masih mengekalkan susu lebih daripada makanan.

"Bagaimanapun, perlu dijarakkan dua hingga tiga jam sebelum bayi diberi makanan," tambahnya.

Artikel Lain