INSIDEN seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang maut selepas tubuhnya dipenuhi cacing dengan anggaran berat lebih satu kilogram (kg) mengejutkan masyarakat dunia.
Berdasarkan laporan Columbia Asia, cacing usus seperti cacing gelang, cacing cangkuk dan cacing kerawit boleh menyerap nutrien penting daripada tubuh kanak-kanak.
Ia menyebabkan kanak-kanak mudah mengalami anemia, kurang berat badan dan kelemahan umum.
Lebih membimbangkan apabila kehadiran cacing dalam tubuh boleh mengganggu penyerapan vitamin dan zat seterusnya mengurangkan selera makan serta melemahkan sistem imun kanak-kanak.
Bagi anda yang memiliki anak kecil berusia kurang daripada enam tahun, cubalah amalkan petua tradisional untuk menghilangkan cacing dalam badan kanak-kanak.
Cara mudah menggunakan tiga bahan ini dikongsikan Wan Norma di laman Facebook.
ARTIKEL BERKAITAN: Budak 4 tahun maut, lebih 1kg cacing ditemui dalam tubuh... Ketahui cara cegah, langkah jika anak dijangkiti
Bahan-bahan:
Asam keping
Garam
Air
Kaedah penyediaan:
1. Masukkan asam keping dan garam ke dalam periuk.
2. Kemudian masukkan air dan rebus sehingga garam larut.
3. Angkat dan campurkan dengan air biasa dan mandikan anak dua kali sehari, setiap pagi dan petang.
4. Amalkan selama dua atau tiga hari.
5. Akan ada perubahan pada anak terutama dari segi pengambilan makanan.


