suria

Anak benci subjek matematik? Guru ini kongsi cara kreatif pupuk minat si manja sejak kecil

Ajar anak membaca dan mengira sejak awal usia. -Gambar hiasan

SEBUT sahaja subjek matematik, pasti ada antara kita terkenang zaman belajar dahulu.

Maklumlah, ilmu hisab merupakan subjek yang paling tidak disukai kebanyakan pelajar kerana soalannya dikatakan sukar dan agak mengelirukan.

Anda yang pernah merasai kesulitan dalam sesi pembelajaran matapelajaran itu pasti tidak mahu anak-anak mengalami perkara yang sama.

Oleh itu, cuba ikuti langkah yang dikongsikan guru ini menerusi akaun @mimxey di laman Thread agar anak-anak dapat menguasai subjek matematik.

1. Mulakan dengan 'konkrit', bukan abstrak

Kanak-kanak tidak dapat memahami '3+2' secara terus, mereka perlu diperlihatkan menerusi teknik pegangan.

Jadi, guna objek sebenar seperti mainan, biji kacang, lego ataupun sudu.

Kemudian wujudkan permainan 'tambah' dan 'buang' seperti kalau abang ada dua kereta, abah bagi satu lagi... jadi berapa.

Anda boleh juga menerapkannya dalam kehidupan seharian seperti bagi tiga keping nugget, kemudian tanya anak berapa keping nugget yang terdapat dalam pinggannya.

Jadikan apa yang dipegangnya sebagai alat untuk mengira. -Gambar hiasan

2. Guna permainan berunsurkan matematik

Terdapat banyak peralatan mainan yang berunsurkan matematik seperti puzzle nombor dan snakes and ladder.

Mereka boleh belajar cara mengira tambah dan tolak dengan lebih senang serta gembira.

3. Banyakan kira-kira setiap hari

Matematik bukan sekadar buku latihan tetapi boleh diaplikasikan dalam perbualan seharian.

Contohnya, tanya anak berapa banyak sudu dalam laci atau jumlah makanan yang tinggal selepas dia ambil.

Teknik ini mendedahkan mereka kepada konsep mengira, menambah dan menolak serta perbandingan.

4. Ajar anak mengenali nombor

Ramai ibu bapa yang tidak menyangka anak mereka tidak mengenali nombor meskipun mengetahui angka yang ditunjukkan.

Ia berikutan kebanyakan anak menghafal nombor dan bukanlah mengira kuantitinya.

Artikel Lain