suria

Jangan ambil mudah jika digigit anjing gila! Boleh bawa maut andai lewat dapatkan rawatan

Penyakit rabies juga boleh menyebabkan lumpuh, koma dan kematian.

ORANG ramai digesa agar berwaspada untuk mendekati anjing ekoran kes rabies atau penyakit anjing gila yang sedang melanda.

Terbaharu, seekor anjing liar yang positif rabies turut menggigit sembilan mangsa di Kuching, Sarawak.

Di sebalik kes-kes rabies yang pernah berlaku di negara ini, sebenarnya masih ramai rakyat Malaysia yang kurang peka dengan penyakit tersebut.

Menurut laman Twitter MedTweetMY, rabies adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan Lyssavirus daripada haiwan seperti anjing.

Rabies berjangkit melalui luka gigitan, luka terbuka pada kulit dari air liur, cairan atau tisu tubuh daripada haiwan tersebut kepada manusia.

File pic take on Jan 3, 2018 -The Sarawak government has embarked on a mass strays removal operations to capture free-roaming dogs around Kuching, as it intensify efforts to curb rabies outbreak. The operations started in the state capital from January  covering areas in Matang, Batu Kawah, Bau, Tabuan including BDC, Stampin. The operations is being carried out in stages in all rabies-infected areas between Kuching and Sibu divisions. -  ZULAZHAR SHEBLEE / THE STAR

Sekiranya anda digigit anjing, cuci bahagian tersebut dengan sabun dan air mengalir sekurang-kurangnya 15 minit.

Masa inkubasi (pengeraman) rabies adalah tiga minggu hingga dua bulan daripada gigitan haiwan hingga timbul gejala.

Gejala awal penyakit rabies adalah termasuk demam, sakit kepala, rasa terbakar pada tempat digigit, kelesuan otot badan, sakit tekak, mual muntah dan cirit birit.

Penyakit ini boleh berlarutan kepada gejala yang lebih teruk, antaranya:

1. Kekeliruan

2. Kecelaruan

3. Bersikap agresif

4. Mengeluarkan air liur berlebihan

5. Hydrophobia (dahaga yang tidak surut, ketidakupayaan untuk menelan, dan panik apabila diberikan cecair untuk diminum)

6. Sawan

7. Halusinasi

8. Lumpuh

9. Koma

Stray dogs roaming at Jalan Goh Hock Huat in Klang. — KK SHAM/The Star

Anjing merupakan haiwan yang comel, namun orang ramai dinasihatkan berwaspada dengan penularan penyakit rabies.

Apabila semua gejala teruk ini bermanifestasi, kematian hampir pasti tidak dapat dielakkan.

Jika digigit oleh anjing liar, apa yang perlu dilakukan?

1. Cuci bahagian tubuh yang digigit dengan sabun dan air mengalir sekurang-kurangnya 15 minit bagi menghilang kesan air liur.

2. Dapatkan rawatan segera di klinik kesihatan atau hospital terdekat jika mengalami gigitan anjing liar. Antara rawatan adalah membersihkan luka dan suntikan anti-rabies.

3. Laporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) jika terdapat anjing liar yang berkeliaran di kawasan tempat tinggal.

4. Pihak PBT perlu mengambil tindakan segera serta pihak berautoriti perlu memberi peringatan kepada penduduk setempat untuk lebih berhati-hati dengan anjing liar untuk mengurangkan risiko digigit.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain