suria

Jangan risau miliki zakar bengkok, melengkung... ketahui bila masanya perlu jumpa doktor buat pemeriksaan

Pakar berkata lelaki tidak perlu risau sekiranya mereka dilahirkan dengan zakar yang melengkung. Foto: Getty Images/iStockphoto.

SETIAP manusia dilahirkan dengan rupa paras dan saiz yang berbeza-beza.

Begitu juga dengan setiap lelaki yang dilahirkan dengan zakar berbeza bentuk dan saiz, mengikut genetik masing-masing.

Ada zakar yang berbentuk lurus, namun ada juga yang melengkung ke arah kiri, kanan dan atas.

Kelainan pada zakar menyebabkan sesetengah lelaki risau sekiranya ia mempunyai kaitan dengan kesuburan atau berdepan penyakit tertentu.

Biarpun kelihatan tidak normal, pakar perubatan memberi jaminan kepada kaum Adam bahawa ia merupakan satu perkara yang tidak perlu dibimbangkan.

Dr Rena Malik berkata terdapat sebab-sebab tertentu yang menyebabkan sesetengah lelaki dilahirkan dengan zakar yang mungkin kelihatan bengkok.

"Ramai orang mempunyai sedikit kelengkungan pada zakar mereka, dan itu tidak menjadi masalah.

0_half-nakedman-in-bed-looking-down-at-his-underwear

Lelaki dilahirkan dengan zakar yang lurus, melengkung ke kiri, kanan, atas dan bawah. Foto: Getty Images/iStockphoto.

"Sebenarnya, selagi anda mampu melakukan persetubuhan seperti biasa dan anda boleh menikmati hubungan dengan pasangan, ia tidak menjadi masalah sama sekali," ujarnya.

Namun, jika anda melihat bentuk zakar mengalami perubahan, maka anda mungkin perlu menjalani pemeriksaan.

Jika perubahan itu ketara, anda mungkin mengalami penyakit Peyronie, iaitu keadaan yang dikaitkan dengan kelengkungan zakar.

ARTIKEL BERKAITAN: Hati-hati wahai lelaki, ada 6 sebab zakar boleh membengkak!

Merujuk kepada satu kajian, dia berkata 87 peratus lelaki mempunyai zakar yang dianggap lurus, manakala 13 peratus merekodkannya sebagai lebih melengkung ke kiri atau kanan.

Selain itu, dia berkata 70 peratus lelaki mempunyai zakar yang lurus, dan 25 peratus melengkung ke atas.

Sementara itu, 5 peratus lagi mempunyai zakar yang kelihatan melengkung ke bawah.

Malah katanya, lebih ramai lelaki mengalami keadaan zakar yang melengkung ke arah kiri berbanding kanan.

Dr Rena merupakan pakar urologi, pakar bedah pelvis dan pendidik seks yang sering berkongsi video dalam talian untuk membantu orang ramai memahami fungsi seks dan badan dengan lebih baik. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain