suria

5 tips elak ‘bentan’ selepas bersunat, yang penting jangan letak ubat sensei!

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam penjagaan selepas berkhatan. Gambar hiasan

MUSIM cuti persekolahan bukan sahaja dimanfaatkan ibu bapa untuk beriadah atau bercuti dengan anak-anak, malah ada yang mengambil kesempatan untuk mengkhatankan anak lelaki masing-masing.

Bercakap bab berkhatan atau bersunat, sudah semestinya perkara yang menjadi kebimbangan ibu bapa adalah luka atau 'bentan' pada bahagian kemaluan si anak.

Bentan adalah kawasan luka akibat berkhatan yang mengalami jangkitan kuman dan bernanah.

Justeru, penjagaan pada bahagian berkenaan perlu dilakukan dengan teliti agar ia lekas kering dan tidak mengambil masa yang lama untuk sembuh.

Berikut adalah perkongsian seorang ahli perubatan, Dr Adelin Zain mengenai penjagaan luka berkhatan untuk dijadikan sebagai panduan buat para ibu bapa.

1) Sentiasa bersihkan bahagian luka sehingga keruping tertanggal.

2) Setiap kali selepas buang air atau mandi, perlu keringkan bahagian kemaluan. Jika seriau menggunakan kain atau tisu, halakan pada kipas angin.

3) Jangan letak ubat sembarangan seperti ubat herba yang dibeli di kedai ubat (sensei). Pernah ada kes luka berbau busuk sehingga terpaksa dibersihkan di klinik.

4) Amalkan pengambilan protein untuk penyembuhan luka dan makanan yang berkhasiat.

5) Pendarahan pada hari pertama atau kedua adalah perkara biasa. Usah bimbang, keringkan dengan tisu bersih. Jika pendarahan masih berterusan atau tanda-tanda lain, segera bertemu doktor.

Adalah penting untuk ibu bapa dapat bersama-sama mengambil peranan agar anak-anak mereka tidak mengalami kesulitan. Moga bermanfaat!

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain