suria

Perhatian ibu bapa! Ini 8 panduan agar photoshoot bayi berjalan lancar... Paling penting bagi susu dulu

Ibu bapa perlu membuat persediaan agar penggambaran berjalan lancar. Foto: Pexels

TIADA apa yang lebih menggembirakan daripada mengalu-alukan kehadiran si kecil ke dalam keluarga.

Pastinya setiap ibu bapa mahu merakam detik-detik istimewa si kecil mereka untuk diabadikan dalam foto mahupun video.

Apabila bercakap tentang photoshoot bersama bayi yang baru lahir, situasi ini boleh menimbulkan kebimbangan lebih-lebih lagi jika si kecil tiba-tiba meragam dan tidak memberikan kerjasama.

ARTIKEL BERKAITAN: Perjalanan si kecil perlu lancar, selesa... ini 5 tip perlu dipertimbang ibu bapa sebelum beli stroller

Usah risau, ibu bapa boleh ikuti panduan ini dalam membuat persediaan agar sesi fotografi bayi anda berjalan lancar seterusnya memberikan hasil foto terbaik!

1) Cuci rambut bayi sebelum photoshoot

Gunakan syampu mesra bayi dan cuci pada waktu pagi sebelum penggambaran.

Sebagai alternatif, anda boleh menggunakan span lembap untuk membilasnya dengan lembut. Ini akan memastikan rambut bayi anda kelihatan cantik di dalam foto kelak.

2) Elakkan sapu losyen pada kulit bayi

Melainkan jika bayi anda mengalami kulit kering atau ekzema, tidak digalakkan menggunakan losyen pada kulit mereka ketika penggambaran.

Berbuat demikian mungkin menyebabkan kulit mereka kelihatan terlalu berkilat terutama di bawah pencahayaan.

baby 2

Penting untuk menyusukan bayi terlebih dahulu bagi mengelakkannya menangis kelaparan. Foto: Pexels

3) Berikan susu 30 minit sebelum penggambaran

Ini sangat penting untuk mengelakkan bayi anda menangis kelaparan dan mengganggu proses penggambaran.

4) Pastikan bayi tidak tidur

Sebaik sahaja bayi anda diberi makan, penting untuk memastikan mereka terjaga sehingga penggambaran dijalankan.

Matlamatnya adalah untuk membuat mereka berasa letih dan mengantuk semasa penggambaran.

Ini akan memudahkan untuk menangkap gambar dalam posisi tidur yang tenang.

Cubalah bermain atau mandikan supaya si kecil segar.

5) Pastikan persekitaran dalam suasana tenang dan nyaman

Persekitaran yang tenang amat sesuai untuk sesi penggambaran si kecil. Suhu juga memainkan peranan.

Pastikan penghawa dingin berada dalam suhu yang selesa sepanjang penggambaran.

baby 3

Pilihan warna pastel dapat mengelakkan foto seperti ketinggalan zaman. Foto: Pexels

6) Konsep dan props

Pastikan anda memaklumkan kepada jurugambar mengenai idea anda atau jika mempunyai prop atau pakaian tertentu yang mahu disertakan seperti mainan, aksesori, kasut dan sebagainya.

7) Pilih warna neutral dan elakkan aksesori berlebihan

Foto-foto ini akan dijadikan kenangan seumur hidup. Untuk mengelakkan foto tersebut daripada kelihatan ketinggalan zaman, pilih palet warna yang timeless seperti kuning air, krim, putih dan juga pastel.

8) Sentiasa bersabar dan kekal relaks

Usah bimbang untuk mengambil rehat seketika di tengah-tengah penggambaran. Langkah ini boleh mengekalkan mood bayi.

Kesimpulannya, perancangan awal adalah kunci kepada kejayaan sesi penggambaran. Selamat mencuba! - Shopeeblog

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain