suria

Inilah wira tak didendang... derma darah sejak 1988, warga emas ‘bersara’ selepas kali ke-356 jalankan tanggungjawab

Lum menderma darah sejak 1988 dan aferesis bermula 2000. foto Facebook Pusat Darah Negara

HERO derma darah!

Itulah gelaran yang sesuai diberikan kepada seorang warga emas yang merupakan antara individu aktif menderma darah.

Mula menderma darah secara konsisten sejak 1988, Lum Kien Seng akhirnya 'bersara' setelah usianya bakal mencecah 70 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Anggota Rela Derma Darah 108 Kali Dalam Tempoh 32 Tahun

Sempena pendermaan darah kali ke-356 dan terakhir bagi Lum pada Jumaat lalu, Pusat Darah Negara (PDN) berbesar hati meraikan hari bersejarah ini bersama warga emas tersebut.

"Lum mula menderma darah secara konsisten senjak 1988 dan menjadi penderma aferesis sejak 2000 sehingga ke hari ini (Jumaat).

"Untuk berbuat demikian, dia sentiasa mementingkan penjagaan kesihatan bagi memastikan dirinya layak dan kekal sihat untuk menderma darah.

darah 2

Lum diraikan oleh warga Pusat Darah Negara.

"Warga kerja Pusat Darah Negara merakamkan setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Lum atas pengorbanannya dalam menjalankan tanggungjawab sosial ini tanpa mengharapkan sebarang balasan.

"Semoga pendermaan darah terakhir dan sambutan hari lahir yang ke-70 ini menjadi memori indah kepada Lum dan menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk kekal sihat dan menjadi adiwira sehingga ke usia emas," demikian catatan di laman Facebook Pusat Darah Negara.

Sementara itu, Lum dalam ruangan komen turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada warga PDN kerana meraikannya.

Sebagai makluman, mana-mana individu boleh menderma darah seawal umur 17 tahun dengan kebenaran penjaga dan had umur menderma darah ialah sehingga 70 tahun.

Penderma perlu berusia dalam lingkungan 18 tahun - 60 tahun jika menjadi penderma kali pertama.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain