suria

Jangan asyik ingat darah manis je, ini 6 sebab kenapa anda jadi sasaran gigitan nyamuk

Wanita hamil merupakan salah satu golongan yang menjadi 'sasaran' nyamuk. Gambar hiasan

"KENAPA nyamuk asyik hinggap dekat aku je?"

Ini mungkin antara keluhan yang sering diluahkan oleh sesetengah individu yang menjadi 'sasaran' serangga tersebut.

Siapa yang tidak rimas jika nyamuk asyik menghurung muka atau anggota badan?

ARTIKEL BERKAITAN: 8 petanda yang muncul di wajah anda mungkin petunjuk awal masalah kesihatan

Pastinya boleh mengundang kemarahan, atau lebih parah berpotensi merosakkan mood jika anda sedang melakukan aktiviti riadah seperti memanjat gunung, berkelah atau sebagainya.

Kenapa agaknya seseorang itu sering menjadi 'sasaran' nyamuk?

Perkongsian dan penjelasan dari seorang pengamal perubatan yang tidak asing lagi di media sosial, Dr Ahmad Samhan Awang, membuka rahsia mengapa seseorang sering digigit nyamuk.

1) Darah jenis O

Jenis darah ini lebih manis dari yang lain. Satu kajian mendapati darah jenis O mempunyai 83 peratus kebarangkalian lebih tinggi untuk digigit nyamuk. Manakala sebaliknya bagi darah jenis A.

obes

Individu bertubuh besar menjadi 'sasaran' nyamuk kerana membebaskan lebih banyak gas karbon dioksida. Gambar hiasan

2) Saiz badan

Menurut kajian, ia mempunyai kaitan dengan kadar metabolisme dan jumlah karbon dioksida yang dibebaskan dari badan sewaktu pembakaran tenaga.

Nyamuk menggunakan gas karbon dioksida untuk mengesan sasaran mereka dan ia boleh dikesan dari jarak 50 meter. Jadi lebih besar saiz badan anda, lebih banyak gas karbon dioksida yang dibebaskan. Jika anda bersaiz besar dalam kumpulan keluarga atau rakan, maka besarlah peluang untuk digigit

3) Wanita hamil

Menurut satu kajian di Afrika, wanita hamil dua kali ganda tinggi peluang digigit nyamuk juga disebabkan mereka membebaskan lebih banyak gas karbon dioksida.

Malah dalam satu kajian pada 2002 mendapati wanita sarat mengandung membebaskan 21 peratus lebih banyak gas tersebut berbanding wanita biasa.

4) Individu bersenam

Nyamuk tertarik dengan asid laktik, kompaun yang dikesan dalam peluh. Selain itu, senaman juga juga meningkatkan haba tubuh yang turut menyumbang tarikan gigitan nyamuk.

dr samhan

Dr Ahmad Samhan Awang.

5) Pakaian gelap

Ini logik paling asas, di mana nyamuk lebih tertarik kepada persekitaran gelap, maka pakaian anda juga memberi indikasi yang serupa.

Dr Jonathan Day, seorang pakar entomologi dan nyamuk di University of Florida menjelaskan, "nyamuk sukar terbang dalam angin jadi mereka lebih memilih untuk berpusat di dataran. Persekitaran gelap membuatkan ia lebih selesa."

6) Kuat berpeluh

Asid tertentu dalam tubuh badan seperti laktik dan urik serta kolesterol mempunyai kandungan steroid yang tinggi. Ia juga menarik nyamuk kerana orang jenis ini mempunyai kadar metabolisme tinggi selain memproses kolesterol lebih cepat dari yang lain.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain