suria

Muda-muda pun kena strok! Ambil tahu gejala awal... Buat pemeriksaan kesihatan berkala

Dr Arisman seru orang ramai untuk lalukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.

DUNIA sukan dikejutkan dengan perkhabaran mendukacitakan apabila salah seorang atlet menembak Sarawak yang baru berusia 19 tahun dilaporkan meninggal dunia akibat strok.

Secara terperinci tidak diketahui jenis strok yang menyebabkan kematian arwah tersebut.

Tetapi ia sangat mengejutkan dan berlaku secara tiba-tiba tanpa ada sesiapa pun yang menyangka termasuklah pelatihnya sendiri.

Arwah juga tidak obesiti namun tidak pasti jika mempunyai sejarah penyakit yang lain.

Menurut pengamal perubatan Dr Arisman Wenge Abd Rahman, strok atau angin ahmar boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu strok pendarahan dan strok bukan pendarahan atau ischemic stroke (kerana sumbatan pada saluran darah menuju ke otak menyebabkan sebahagian tisu otak mati.)

"Strok yang sering dikaitkan dengan generasi muda adalah jenis ischemic stroke.

"Young stroke (bawah umur 45 tahun) masih jarang dijumpai berbanding usia yang lebih tua. Young stroke sering ditemukan dalam kalangan wanita," ujarnya.

Strok usia muda membimbangkan. - Gambar hiasan

Strok usia muda membimbangkan. - Gambar hiasan

Menurut Dr Arisman lagi, satu statistik menunjukkan tujuh hingga 15 dari 100,000 orang per tahun akan mendapat strok jenis pendarahan atau bukan pendarahan bagi usia 45 tahun ke bawah.

Malah ujar beliau, banyak faktor risiko yang boleh mendasari terjadinya serangan penyakit tersebut.

Oleh itu beliau menggariskan tiga perkara utama yang perlu dilakukan:

1. Pemeriksaan kesihatan

Jangan lambat buat pemeriksaan kesihatan jika usia sudah melebihi 30 tahun. Dapatkan sekali bacaan pun sudah memadai.

Jika semuanya normal, ulang pemeriksaan kesihatan setiap tahun juga ok!

ARTIKEL BERKAITAN: Atlet menembak Sarawak meninggal dunia akibat strok

2. Ketahui sejarah kesihatan keluarga

Jika dalam keluarga ada sejarah penyakit kronik atau meninggal mengejut, silakan buat pemeriksaan kesihatan pada usia lebih muda.

Umur 18 tahun pun sudah boleh buat pemeriksaan penuh termasuklah jantung.

3. Rujuk pakar neorologi

Jika kerap sangat sakit kepala atau migrain, jangan biarkan!

Kalau boleh dapatkan terus rujukan daripada pakar neurologi jika berkemampuan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain