suria

Kenali 5 karakteristik kesihatan mental anda berada dalam keadaan baik

Kesihatan mental yang baik akan mencerminkan aspek kehidupan seharian.

SETIAP orang tentu ingin memiliki kesihatan mental yang baik agar dapat menjalani kehidupan dengan tenang tanpa sebarang beban.

Namun bagaimana hendak mengenali sama ada seseorang itu atau diri kita sendiri mempunyai kesihatan mental yang baik?

Pakar psikologi, Dr Carla M. Shuman mengatakan ada lima karakteristik yang boleh menceritakan tahap kesihatan mental seseorang. Ini termasuklah;

1. Bangun dalam keadaan ceria, bersyukur

Setiap manusia terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam hidup sehingga mendatangkan tekanan tetapi sekiranya anda masih mampu tersenyum dan bersyukur apabila bangun pada waktu pagi, itu tanda kesihatan mental masih dalam keadaan baik.

5e4c93a7be23c

2. Ada tujuan hidup

Berhibur bersama rakan-rakan atau menonton filem kegemaran di rumah merupakan tanda kita terus mencari perkara positif dalam hidup.

Cara ini juga sebenarnya membuatkan seseorang itu mempunyai tujuan dalam aktiviti seharian dan boleh mengelakkan kemurungan.

3. Tiada dendam

Kita mungkin pernah mengalami masalah yang membuatkan kita berasa marah atau dendam terhadap seseorang.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan ambil ringan, ketahui 4 kesan ‘overthinking’ pada kesihatan anda

Namun sekiranya kita dapat melupuskan semua perasaan itu, hidup akan jadi lebih tenang dan membuatkan kesihatan mental lebih baik.

4. Sederhana tetapi tetap gembira

Orang yang mempunyai tahap kesihatan mental yang baik adalah mereka yang suka bersederhana dalam pelbagai perkara seperti berjalan kaki, bergurau senda, mendengar muzik dan sebagainya.

Ia mungkin bukan perkara yang mewah tetapi cukup membuatkan seseorang itu bahagia tanpa sebarang rungutan.

5. Bahagia tengok orang lain

Meskipun kehidupan kita bukan senang dan ada kesusahan namun untuk tetap berasa bahagia dan gembira melihat kesenangan orang lain adalah tanda kesihatan mental dalam keadaan baik.

Ini disebabkan kita mampu melihat perkara positif di sebalik kesusahan yang sedang dialami dalam hidup.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain