suria

Selagi belum tukar warna, ramai sayang nak buang... doktor kongsi risiko guna minyak masak berulang kali

Minyak masak yang digunakan berulang kali mendatangkan risiko kepada kesihatan tubuh badan. Gambar hiasan

SELAIN beras dan rencah masakan, antara barang keperluan lain yang paling penting di dapur sudah tentunya minyak masak.

Namun tanpa disedari, ada segelintir dalam kalangan kita yang mempunyai satu tabiat iaitu gemar menggunakan minyak masak berulang kali.

Pendek kata, selagi warna minyak masak tidak berubah menjadi kehitaman, selagi itulah ia disimpan dan digunakan beberapa kali.

ARTIKWL BERKAITAN: Doktor dedah kisah didatangi ‘lelaki tersepit’... umur dekat separuh abad, dah ada anak bini tapi masih terfikir nak lari rumah

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita terbaring nafasnya laju, doktor dapat rasakan ‘sesuatu’ sebaik melangkah masuk rumah pesakit... selalu berselisih bahu tugas malaikat maut - “Aku bukan bomoh atau ustaz”

Mungkin tidak ramai yang tahu, tabiat ini sebenarnya memberi kesan kepada kesihatan untuk jangka masa panjang.

Menerusi perkongsian Dr Ahmad Samhan di bebenang Twitter, beliau menerangkan risiko akibat penggunaan minyak masak berulang kali, antaranya boleh menjadi punca penyakit barah!

"Minyak masak yang digunakan berulang kali boleh mengundang risiko mendapat penyakit atherosclerosis (salur darah tersumbat akibat menjadi keras dan tebal), penyakit hati, penyakit jantung, penyakit Alzheimer, Parkinson dan barah.



Kita dinasihatkan untuk menggunakan minyak masak maksimum sebanyak dua atau tiga kali sahaja.

"Ini kerana semasa menggoreng, minyak masak melepaskan sisa toksik dipanggil aldehydes yang tertinggal di dalam minyak.

"Makanan yang digoreng menggunakan minyak yang diguna semula akan menyerap sisa toksik aldehydes tersebut," demikian kongsi doktor tersebut.

Menurut Dr Ahmad Samhan, sebaiknya minyak masak diguna maksimum sehingga dua atau tiga kali sahaja dan sekiranya ia telah bertukar warna menjadi perang kehitaman, minyak berkenaan perlu dibuang.

Minyak yang dikitar semula hanya sesuai dijadikan biodiesel untuk bahan bakar bukan untuk masak makanan.

DR AHMAD SAMHAN AWANG

"Minyak sisa menggoreng haiwan yang berdarah seperti ayam, ikan atau daging seelok-eloknya tidak diguna semula dan terus dibuang kerana darah haiwan itu akan meningkatkan kandungan karbon dan mengubah struktur asid lemaknya yang berbahaya kepada kesihatan.

"Hati-hati menggunakan minyak masak dalam paket 1kg. Kajian menunjukkan minyak dalam paket 1kg ini tidak sihat mengikut piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia.

"Elakkan dari beli minyak yang tak dapat dipastikan pengeluarnya walaupun harganya adalah lebih murah," pesannya.



Dr Ahmad Samhan Awang banyak berkongsi tip mengenai kesihatan di media sosial.

Tambah doktor ini, orang ramai juga sebaik-baiknya dinasihatkan untuk mengurangkan tabiat makan makanan yang digoreng di luar rumah kerana dibimbangi peniaga menggunakan minyak masak yang dikitar semula bertujuan mengurangkan kos.

"Di rumah, saya memang melarang isteri untuk guna minyak yang sama. Cukup hanya sekali.

"Jangan gunakan minyak masak berulang kali. Minyak yang dikitar semula hanya sesuai dijadikan biodiesel untuk bahan bakar bukan untuk masak makanan," kongsinya lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain