suria

Jangan panik jika keluarga atau rakan tiba-tiba pengsan... Ada cara untuk bantu mereka

Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan bagi menyelamatkan nyawa keluarga atau rakan yang tiba-tiba pengsan.

SESEORANG itu pengsan apabila tubuh kehilangan kesedaran disebabkan otak kekurangan aliran darah atau oksigen.

Sebelum pengsan, seseorang biasanya akan berasa pening, mual atau merasakan suara disekelilingnya mula hilang dan rebah tidak sedarkan diri.

ARTIKEL BERKAITAN: Anda seorang pelupa? Cuba 5 cara ini untuk tajamkan ingatan

Terdapat beberapa sebab mengapa seseorang boleh pengsan termasuklah;



Angkat kaki pesakit lebih tinggi daripada paras jantung.

1. Berada dalam keadaan tertekan

2. Trauma

3. Gangguan emosi

4. Menahan kesakitan

5. Penurunan tekanan darah mendadak

6. Gula dalam darah diparas rendah

7. Dehidrasi

8. Kekurangan cecair dalam badan

9. Kesan ubat-ubatan tertentu



Hubungi ambulan jika pesakit masih tidak sedarkan diri.

Menurut Healthlife, pengsan kebiasaannya bukan perkara yang membimbangkan dan sekiranya ia berlaku kepada keluarga atau rakan-rakan, terdapat pelbagai bantuan boleh diberikan kepada pesakit.

1. Pertolongan pertama yang boleh diberikan adalah dengan mengangkatnya ke tempat yang selamat dan sejuk.

2. Setelah itu, baringkan tubuhnya untuk mengelakkan serangan pengsan kali kedua sekiranya pesakit didirikan atau diletakkan dalam posisi duduk.

3. Jika individu masih bernafas secara normal, angkat kakinya lebih tinggi daripada paras jantung.

4. Longgarkan pakaian atau buka tali pinggang agar pesakit dapat bernafas dengan lebih mudah.

5. Goncangkan tubuh, memanggil nama dan menepuk bahu atau badan pesakit bagi mengembalikan kesedarannya.

6. Sekiranya masih tidak ada sebarang respon, hubungi ambulan untuk dibawa ke hospital.

7. Sekiranya pesakit kembali tersedar, berikan minuman atau air bergula (sekiranya pesakit mengalami diabetes) dan segera membawa pesakit ke hospital.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain