suria

Tak sabar nak jadi penerima vaksin Covid-19? Check-out cara daftar dan jawab 4 soalan dahulu

Penggunaan aplikasi MySejahtera adalah salah satu cara untuk mendaftar sebagai penerima vaksin Covid-19.

SELEPAS menanti ketibaan vaksin Covid-19, orang ramai akhirnya sudah boleh mendaftarkan untuk mendapatkan suntikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang dilaksanakan dalam tiga fasa sehingga Februari 2022.

Pemberian vaksin ini terbahagi kepada tiga fasa yang utama iaitu;

ARTIKEL BERKAITAN: Vaksin Covid-19... Siapa berisiko, kesan dan teori konspirasi antara 10 perkara yang anda perlu tahu

Fasa 1 (Feb-April): Diberikan kepada barisan hadapan seperti petugas kesihatan, polis tentera, Rela, bomba dan individu yang terlibat di barisan hadapan. Senarai nama lengkap dalam proses pendaftarannya.

Fasa 2 (April-Ogos): Adalah golongan yang berisiko seperti orang yang berumur 60 tahun dan ke atas dan juga mempunyai penyakit-penyakit kronik.

Fasa 3 (Mei-Feb 2022): Adalah bagi individu awam yang berumur 18 tahun ke atas.

Pada Rabu lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi individu pertama menerima vaksin Pfizer-BioNTech di Pejabat Kesihatan Putrajaya selain melancarkan program pendaftaran vaksinasi melalui aplikasi MySejahtera.

Jadi bagaimana hendak mendaftar sebagai penerima vaksin?



Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas selesai menerima vaksin.

1. Aplikasi MySejahtera

- Bagi pengguna sedia ada aplikasi itu, pengguna iOS dan Android perlu mengemas kini versi MySejahtera 1.0.28.

- Selepas itu akan muncul ikon 'Covid-19 Vaccination' yang mengandungi maklumat lengkap profil yang perlu dikemas kini sebelum disahkan.

- Untuk mendaftar, perlu menjawab empat soalan yang merangkumi minat untuk diberi vaksin, sejarah penyakit, sama ada pemohon terdaftar sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) dan alamat rumah terkini.

- Pemohon turut dinasihatkan untuk mengaktifkan pemberitahuan agar dapat menerima makluman mengenai status vaksinasi.

2. Pendaftaran di laman web

Selain aplikasi MySejahtera, orang ramai juga boleh membuat permohonan itu melalui laman web www.vaksincovid.gov.my

3. Pendaftaran secara manual

Bagi yang tidak mempunyai akses internet atau aplikasi MySejahtera, orang ramai boleh membuat pendaftaran itu dengan menghadirkan diri ke fasiliti klinik kesihatan awam dan swasta.

Selain itu, pemohon boleh menghubungi talian hotline yang akan diwujudkan tidak lama lagi.

4. Penduduk luar bandar dan pendalaman

Bagi penduduk di luar bandar dan pendalaman, pihak Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan bekerjasama dengan kerajaan negeri yang akan mendaftar penerima vaksin di kawasan pendalaman termasuk warga emas.

Menerusi kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), 600 pusat yang terdiri daripada fasiliti kesihatan KKM, hospital universiti dan hospital Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dikenal pasti sebagai pusat pemberian vaksin.

Sasaran suntikan vaksin ini melibatkan 26.5 juta orang atau 80 peratus populasi negara untuk membentuk herd immunity. Penyumbang utama untuk pembentukan imuniti berkelompok ini ialah kumpulan Fasa 3 - individu sihat berumur 18 tahun ke atas.

Bagi maklumat lanjut mengenai vaksin, orang ramai boleh melayari www.vaksincovid.gov.my.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

IKUTI LANGKAH MUDAH DI SINI

@mstarmalaysia

Jom register vaksin ##covid19! ##mstar ##mstartiktok ##tiktokmalaysia ##fyp

Cari Dia Sampai Dapat (Kita Jaga Kita) - Altimet & Cuurley & Malik Abdullah


Artikel Berkaitan

Artikel Lain