suria

Sakit punggung gara-gara duduk terlalu lama! Latihan pernafasan antara 5 cara mengatasinya

Duduk terlalu lama boleh menyebabkan sakit pada bahagian punggung.

KELUHAN paling biasa sejak pandemik berlaku adalah ramai mengadu sakit punggung yang mungkin disebabkan duduk terlalu lama di rumah menghadap komputer.

Rasa sakit dan lenguh pada punggung memang boleh membuatkan seseorang berasa tidak selesa dan biasanya minyak urut digunakan bagi melegakan kesakitan.

ARTIKEL BERKAITAN: Awas! Duduk terlalu lama bukan hanya buatkan punggung anda kendur, tapi masalah lebih serius!

Bagaimanapun, sakit punggung ini dapat diatasi dengan beberapa cara yang mudah tanpa menggunakan ubat atau minyak angin.

1. Latihan pernafasan

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa latihan pernafasan merupakan salah satu alternatif dalam mengatasi masalah sakit punggung ini.

Dengan bernafas secara mendalam, ia dapat meningkatkan keupayaan paru-paru sekaligus mengurangi peradangan sendi penyebab sakit punggung.

2. Perhatikan postur duduk dan ketika bergerak

Bagi penderita sakit punggung, elakkan diri daripada melakukan gerakan mengejut pada leher atau tulang belakang.

Perubahan tiba-tiba ini akan menyebabkan masalah serius sehinggakan punggung anda terasa sakit yang teramat.

Duduk dengan cara yang betul dan sekiranya anda berasa telah duduk terlalu lama, bangun dan lakukan rengangan.

3. Pilih tilam yang sesuai

Biarpun tilam tidak dapat menyembuhkan sakit punggung dengan jelas tetapi ia dapat membantu mempertahankan postur badan yang baik ketika berehat.

Sebaiknya jangan tidur di atas tilam yang terlalu keras atas nipis bagi mengelakkan tubuh badan anda berasa lenguh atau sakit.

Waktu rehat juga memainkan peranan penting dalam mengatasi masalah sakit punggung ini.

4. Mengangkat barang dengan betul

Disebabkan terbiasa duduk di rumah, banyak aktiviti yang anda lakukan menyebabkan berlakunya sakit punggung tanpa disedari.

Berhati-hati mengangkat barang terutama kuantiti yang banyak dan berat kerana ia merupakan salah satu faktor otot punggung tidak dapat menimbang dengan baik.

5. Fisioterapi

Terakhir sekali, jika masalah sakit punggung anda teruk sila pastikan anda pergi menjalani rawatan fisioterapi.

Fisioterapi ini dapat membantu meningkatkan kelenturan, memperkuat otot punggung dan perut sekaligus memperbaiki postur tubuh.

Selain menghilangkan rasa sakit, jika anda melakukan fisioterapi secara rutin ia dapat mencegah sakit punggung itu kembali.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!


Artikel Berkaitan

Artikel Lain