suria

Awas! Duduk terlalu lama bukan hanya buatkan punggung anda kendur, tapi masalah lebih serius!

Duduk terlalu lama boleh menyebabkan otot punggung mengendur dan mendatangkan masalah kesihatan lain.

PASTI ramai antara kita berasa sukar untuk bangun selepas duduk terlalu lama sehingga berasa kebas pada bahagian punggung.

Pakar senaman, Belinda Northon dari Australia memberitahu duduk terlalu lama boleh menyebabkan otot punggung kurang aktif yang akhirnya boleh menyebabkan ia kendur.

ARTIKEL BERKAITAN: Cukup hanya 10 minit, bukan malas tapi tidur siang ada kebaikannya! Ketahui waktu sesuai lelapkan mata sejenak

Tidak hanya itu, keadaan itu kata Belinda boleh mendatangkan masalah kesihatan termasuk gangguan postur tubuh, peningkatan berat badan dan kesihatan secara keseluruhannya.

Malah katanya, meskipun seseorang itu aktif secara fizikal dan sering bersenam namun jika sering duduk terlalu lama tetap memberi impak negatif.



Duduk terlalu lama bukan sahaja membuatkan punggung anda sakit tetapi juga pinggang.

"Otot punggung adalah otot paling penting daripada otot-otot lain pada tubuh manusia. Jika kita duduk terlalu lama, bahagian fleksibel punggung (hip flexor) akan menegang dan membataskan aktiviti otot punggung anda," katanya.

Keadaan itu juga kata Belinda akan menyebabkan punggung sukar untuk diseret ke hadapan dalam posisi duduk kerana terdapat tekanan pada bahagian bawah punggung yang menimbulkan rasa sakit.

Atas sebab itu juga, jika duduk terlalu lama, kita akan berasa sukar dan sakit untuk bangun.

Sementara itu, Belinda berkata, memang sukar untuk mengelak daripada terpaksa duduk dalam tempoh lama terutamanya yang bekerja di pejabat atau menaiki kapal terbang yang adakalanya memakan masa lebih 10 jam.

Bagaimanapun katanya, terdapat beberapa senaman boleh dilakukan agar membuatkan punggung tidak berasa sakit dan kebas.



Squats antara senaman yang baik untuk punggung.

Ini termasuklah senaman clamshell, glute bridge deadlift, deep squat, lunges, dan step up yang mampu mengaktifkan otot punggung.

"Kita mungkin rasa senaman punggung tidak penting tetapi ketahuilah bahawa otot punggung mempunyai kaitan cukup besar dengan kestabilan tubuh secara keseluruhan.

"Otot punggung yang lemah akan memberikan beban dan tekanan yang lebih kepada tulang belakang dan ia berpotensi untuk mengalami kecederaan jika tersalah gerakan.

"Pokok pangkalnya jangan biasakan duduk terlalu lama dan cuba bangun dan sekurang-kurangnya lakukan senaman ringan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
punggung, otot, kendur, duduk lama, kesihatan

Artikel Lain