suria

Nak masuk hutan pun ada bacaannya! Ustaz kongsi petua untuk penggemar aktiviti lasak elak kejadian tidak diingini

AKTIVITI lasak seperti mendaki gunung atau pun merentas hutan memang sesuatu yang menyeronokkan apatah lagi ia aktiviti yang mencabar kebolehan fizikal dan mental seseorang.

Namun ada dalam kalangan penggemar aktiviti lasak ini kurang memberi perhatian tentang adab memasuki hutan atau tempat-tempat yang bukan menjadi kebiasaan dengan mengambil mudah dan hanya berfikir untuk berseronok sehingga berlakunya perkara tidak diingini.

Kehilangan peserta Gopeng Ultra Trail, Mohammad Ashraf Hassan atau Acap di sekitar Gua Tempurung, Perak yang ghaib sehingga kini turut dikaitkan dengan pelbagai cerita mistik akan misteri kehilangannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Akibat mulut celupar... 'tangan sejuk' di gua batu kapur di Temerloh pegang kaki pendaki

ARTIKEL BERKAITAN: Cari sudah, bincang pun sudah... betul ke bunian enggan lepaskan Acap?

ARTIKEL BERKAITAN: Hari ke-18: Hutan, bukit, gua semua dah diredah… “ Di mana Acap ni, kami dah tak larat”

Ini kerana kata penceramah bebas, Elyas Ismail, di kawasan seperti pergunungan, hutan mahu pun hentian Rehat dan Rawat (R&R) yang bukan kawasan tempat tinggal tetap manusia kebiasaannya akan menjadi tempat tinggal makhluk jin.


Ustaz Elyas Ismail.

Justeru, sebelum memasuki kawasan hutan untuk aktiviti riadah atau ke lokasi yang tidak diketahui keadaannya, perlu ada petua yang harus diketahui oleh umat Islam.

Kata Elyas, adalah penting untuk orang beragama Islam mengetahui hal yang tidak ada dalam pandangan kita termasuk berkaitan dengan jin.

"Jin ini adalah hamba Allah. Dia juga sama seperti kita, ada Islam, kafir, berketurunan, sembahyang, mempunyai keluarga malah hidup bermasyarakat dan ada pula melakukan kejahatan seperti mana manusia.

"Cuma bezanya adalah kita tidak dapat melihat mereka dengan mata kasar tetapi jin boleh melihat manusia.

"Kawasan yang tiada manusia duduk seperti dalam tanah perkuburan, tempat ditinggalkan orang memang menjadi kegemaran mereka termasuklah kawasan pergunungan dan hutan," katanya kepada mStar Online.

Apabila melangkah ke dalam hutan: Salamun 'ala nuhin fil 'alamiin innaka hamiidun majid.

(sejahtera ke atas Nabi Nuh di seluruh alam. Sesungguhnya Engkau (Allah SWT) maha terpuji lagi maha mulia).

USTAZ ELYAS ISMAIL

Penceramah bebas

Elyas memberitahu adalah sangat penting untuk mengamalkan doa tertentu agar Allah SWT memelihara kita daripada kejadian tidak diingini.

Malah Elyas turut berpesan kepada penggemar aktiviti lasak itu agar menjaga adab seperti tidak bermulut celupar atau bergelak ketawa ketika berada dalam hutan.

Sebaiknya kata Elyas sebelum memasuki sesuatu hutan atau tempat tiada berpenghuni dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah serta selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW.

"Selesai itu, bacalah Bismillahillazi la yadurru ma’asmihi syaiun fil ardi wa la fis samaie, wahuwas sami’ul ‘alim.

"Yang bermaksud; Dengan nama Allah yang tidak memberi mudarat akan sesuatu yang di bumi dan yang di langit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.

Sesiapa yang membaca sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga subuh.

Dan barangsiapa yang membacanya ketika subuh sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga petang (malam).” [Riwayat Abu Daud (5088)] [Menurut Syeikh Syuaib al-Arna’outh hadith ini adalah Hasan].

"Seterusnya apabila melangkah ke dalam hutan bacalah Salamun  ‘ala  nuhin  fil  ‘alamina  innaka  hamidun  majid  [As-Saaffaat 37:79] yang bermaksud Kesejahteraan ke atas nabi Nuh di seluruh alam," katanya.

Untuk rekod, Nabi Nuh diberi mukjizat boleh berbicara dengan haiwan dan haiwan-haiwan tunduk dan patuh kepada arahannya.  Kebesaran Allah itu diceritakan dalam peristiwa Bahtera Nuh.

Dengan bacaaan itu, Insya-Allah dapat mengelak daripada gangguan haiwan buas.

Tambah Elyas, sebelum memasuki sesuatu tempat juga seseorang itu boleh mengamalkan membaca; 'a'auudzu bi kalimaatillahit taammati min syarri maa khalaq yang bermaksud Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna dari kejelekan apa saja yang Dia ciptakan.

Sesiapa yang membacanya, nescaya tidak akan berlaku perkara yang memudharatkan kamu.” [Riwayat Muslim (2709)].

Dalam rancangan Detik 12 Malam siaran TV3 pula Elyas berkata, seandainya seseorang itu sesat dalam hutan mereka boleh mengamalkan membaca ayat 6 dalam Surah Al-Fatihah iaitu Eh dinas siratol mustaqim yang membawa makna 'tunjukkanlah kami jalan yang lurus' dan dibaca sebanyak tujuh kali agar mendapat pertolongan Allah.

Ustaz Elyas Ismail, masuk hutan, doa, adab

Artikel Lain