Selami kisah Rasulullah SAW terhidu bau wangi Mashitah, si penyisir rambut anak Firaun sempena peristiwa Israk dan Mikraj - Ad-din | mStar

Selami kisah Rasulullah SAW terhidu bau wangi Mashitah, si penyisir rambut anak Firaun sempena peristiwa Israk dan Mikraj

Mashitah merupakan tukang sikat kepada puteri Firaun. - Gambar hiasan/Kinooze/Creative Museum

SEMPENA tanggal 27 Rejab yang merupakan tarikh bagi memperingati peristiwa luar biasa, Israk dan Mikraj apabila Rasulullah SAW telah diangkat naik ke langit ketujuh.

Memetik artikel Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Cawangan Sabah), perjalanan Baginda bermula dari langit pertama hingga ketujuh sebelum naik ke Sidratul Muntaha dan kemudian ke Mustawa’.

ARTIKEL BERKAITAN: Klaut Gubah 'Kemenangan Untukmu' Kenang Umat Islam Negara Bergolak

Peristiwa tersebut merupakan satu mukjizat besar yang dianugerahkan kepada Nabi Muhammad SAW, junjungan kita kerana belum pernah ada manusia di muka bumi ini yang melalui perjalanan seumpama itu.

Peristiwa itu turut dirakam dalam surah Al-Isra' ayat 1 yang bermaksud:

Rasulullah diangkat naik dari langit pertama hingga ketujuh pada peristiwa Israk dan Mikraj. - Gambar hiasan/Pixabay

"Maha suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari, dari Masjid al-Haram (di Mekah) ke Masjid al-Aqsa (di Palestin), yang kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya, Allah jualah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.

Kejadian Israk dan Mikraj juga berhubung kait dengan perintah Allah SWT tentang menunaikan ibadah solat.

Sementara itu, Pensyarah Kanan di Fakulti Pengajian Quran Sunnah dari Universiti Sains Islam Malaysia, Dr. Ahmad Sanusi Azmi menerusi perkongsian di Facebook miliknya menceritakan tentang insiden menarik yang terjadi pada malam Israk dan Mikraj.

Seperti yang diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, Rasulullah SAW dikatakan terhidu bauan yang sangat wangi ketika dalam perjalanan ke langit itu.

Maha suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari, dari Masjid al-Haram (di Mekah) ke Masjid al-Aqsa (di Palestin), yang kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya, Allah jualah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

SURAH AL-ISRA'

Lalu, Baginda bertanya kepada Jibril: "Wahai Jibril, apakah bau yang sangat wangi ini?"

Jibril menjawab, bau tersebut adalah bau Mashitah, tukang sikat kepada anak perempuan Firaun.

Menurut riwayat tersebut, Mashitah menyebut lafaz "Bismillah" ketika sikatnya terjatuh sewaktu menyisir rambut puteri Firaun.

Insiden itu menimbulkan kemarahan Firaun yang menganggap dirinya Tuhan dan serta merta memerintahkan supaya Mashitah dipanggang, manakala anak-anaknya pula dicampak ke dalam minyak yang mendidih.

Bagaimanapun, Mashitah yang istiqamah dan tsabat (cekal/kukuh) dengan hukuman itu akhirnya mentitiskan air mata apabila tiba giliran anaknya yang sedang menyusu dan dikendong untuk diperlakukan sedemikian rupa.

Firaun mengarahkan agar anak-anak Mashitah dicampak ke dalam minyak yang mendidih selepas mengetahui tukang sikat puterinya itu mengakui ada Tuhan lain selain dirinya. - Gambar hiasan

Lalu Allah SWT mengurniakan karamah yang tidak pernah terlintas di fikiran Mashitah, bayinya dikurniakan kelebihan bercakap untuk menenangkan dirinya.

"Begitu juga peristiwa Israk yang menguji iman dan istiqamahnya seorang Muslim dalam jalan aqidah yang dianutinya.

"Hari ini pelbagai ujian menimpa umat Islam. Sehinggakan bumi tempat berlakunya Israk dan Mikraj dibinasakan oleh penjajah Yahudi.

"Semoga Allah mengurniakan kepada kita semangat yang cekal dan istiqamah dalam mendaulatkan Islam," kata Ahmad Sanusi pada posting tersebut.

Tambahnya, ujian yang sama turut menimpa kaum Muslimin yang lain seperti di Syria, Iraq, Palestin dan Afganistan.

Rasulullah S.A.W , Mashitah , Israk Mikraj , Jibril

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain