suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Makan guna penyepit, bimbang menyerupai agama lain... Fahami tentang ‘tasyabbuh’, tiada dalil ia dilarang dalam Islam

Di Malaysia, penggunaan chopstick bukan sesuatu yang asing, khususnya di restoran makanan Cina, Jepun dan Korea yang menyajikan hidangan halal. -Gambar hiasan AI

PENGGUNAAN penyepit makanan atau chopstick bukan lagi sesuatu yang asing dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

Malah peralatan tersebut lazim digunakan ketika menikmati hidangan di restoran makanan Cina dan Jepun termasuk premis yang mempunyai sijil halal.

Namun, timbul persoalan mengenai hukum menggunakan chopstick bagi orang Islam, khususnya susulan dakwaan bahawa alat berkenaan pada asalnya dicipta dan digunakan dalam upacara penyembahan Maharaja China.

Merungkai persoalan tersebut, Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan menerusi laman rasminya menjelaskan dengan tuntas berhubung hukum penggunaan chopstick dalam urusan makan seharian.

"Dalam Islam, tasyabbuh (penyerupaan) tidak meliputi semua perkara yang berasal daripada masyarakat bukan Islam. 

"Sebaliknya, larangan tersebut tertumpu kepada penyerupaan dalam perkara yang menjadi syiar, identiti atau amalan khusus sesuatu agama.

"Daripada Ibn Umar R.A, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah daripada kalangan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Solat waktu salah gara-gara lupa tukar lokasi negara pada aplikasi, Jakim perjelas sama ada perlu qada atau sebaliknya

"Tasyabbuh yang dilarang ialah penyerupaan dalam perkara yang menjadi ciri khusus mereka seperti aspek pakaian, penampilan dan perkara-perkara seumpamanya," ulasnya. 

Tambahnya, berdasarkan realiti semasa, penggunaan chopstick tidak lagi terhad kepada sesuatu bangsa atau agama tertentu, bahkan ia telah menjadi alat makan yang digunakan secara meluas dalam pelbagai negara dan budaya di seluruh dunia. 

"Oleh itu, statusnya lebih tepat dikategorikan sebagai adat dan kebiasaan masyarakat sejagat, bukannya syiar agama tertentu," jelasnya.

Malah, menurut penjelasan tersebut, tiada dalil dalam Islam yang secara khusus melarang penggunaan alat tertentu untuk makan seperti sudu, garpu atau penyepit makanan.

"Oleh itu, hukum asal penggunaan pelbagai alat makan adalah harus, selaras dengan kaedah fiqh yang bermaksud: Asal sesuatu hukum itu adalah diharuskan sehingga terdapat dalil yang menunjukkan pengharamannya.

"Dalam hal ini, sekiranya tiada unsur akidah, kepercayaan atau kaitan dengan upacara penyembahan Maharaja China, maka tiada lagi 'illah (sebab) yang membawa kepada larangan penggunaan chopstick," jelasnya lagi. 

Tambahnya, penggunaan chopstick perlu dinilai berdasarkan tujuan dan niat penggunaannya, iaitu sebagai alat untuk menikmati makanan dan bukannya sebagai suatu bentuk amalan atau kepercayaan keagamaan.

Artikel Lain