suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pasang angan-angan nak menang motosikal, ramai tak sedar terjebak judi! Rupanya boleh jatuh haram masuk cabutan bertuah

Pengguna Islam diminta berhati-hati dalam menyertai acara cabutan bertuah bagi mengelak terlibat unsur haram. -Gambar hiasan AI

SIAPA yang tidak teruja apabila ditawarkan peluang memenangi hadiah lumayan seperti motosikal, telefon bimbit, mahupun wang tunai hanya dengan membeli sesuatu barangan?

Aktiviti menyertai cabutan bertuah atau peraduan sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat ketika berbelanja.

Namun di sebalik keghairahan mengejar pelbagai hadiah menarik, ramai tidak sedar bahawa ada sesetengah peraduan sebenarnya boleh bertukar menjadi amalan judi tanpa disedari.

Menyentuh mengenai perkara tersebut, pakar rujuk dan perunding kewangan Islam Abdul Aziz Mohd Noor tampil membongkar taktik digunakan sesetengah peniaga dalam penganjuran peraduan cabutan.

Dalam satu hantaran di Facebook, dia mendakwa terdapat peniaga bertindak menaikkan harga barangan demi menampung kos hadiah cabutan bertuah yang menurutnya melanggar hukum dalam syariat Islam.

"Pembeli sertai cabutan bertuah sebab beli barang RM10. Walhal harga asal RM7 tapi dinaikkan sebab cabutan bertuah.

"Beza RM3 ialah yuran judi," tulis Abdul Aziz yang lebih popular dengan panggilan Ustaz Lariba.

Mengulas mengenai trend penganjuran cabutan bertuah di dalam negara ketika ini, ​Mufti Terengganu, Profesor Dr Syed Hadzrullathfi Syed Omar menegaskan hukum asal menyertai aktiviti tersebut bukanlah diharamkan secara mutlak, sebaliknya ia tertakluk kepada kaedah pelaksanaan yang wajib mematuhi prinsip syariah.

Penyertaan dalam program cabutan bertuah boleh bertukar menjadi haram sekiranya proses pelaksanaannya mengandungi unsur perjudian, penipuan atau eksploitasi terhadap pengguna.-Gambar hiasan AI

Jelas Syed Hadzrullathfi, penyertaan dalam program cabutan bertuah boleh bertukar menjadi haram sekiranya proses pelaksanaannya mengandungi unsur perjudian, penipuan atau eksploitasi terhadap pengguna.

​"Sesuatu cabutan bertuah hendaklah bebas daripada unsur perjudian, ketidakpastian melampau (gharar), penipuan (ghish), eksploitasi pengguna serta pengambilan harta secara batil.

"Perkara sama (haram) turut berlaku sekiranya harga sesuatu produk dinaikkan secara tidak munasabah oleh pihak penganjur bagi membiayai hadiah yang ditawarkan kepada peserta," katanya.

​Mengulas lanjut, Syed Hadzrullathfi menjelaskan amalan tersebut hanya diharuskan syarak sekiranya penyertaan tidak melibatkan sebarang bayaran tambahan, selain harga produk atau perkhidmatan yang dijual kekal pada harga pasaran sebenar.

​Pada masa sama katanya, pembelian produk berkenaan tidak boleh dijadikan tujuan utama semata-mata untuk memenangi hadiah, manakala sumber dana bagi penyediaan hadiah pula mestilah datang daripada sumber yang sah.

​"Semua terma dan syarat penyertaan juga perlu dinyatakan secara jelas, telus dan adil bagi mengelakkan sebarang keraguan dalam kalangan pengguna.

​"Semua program cabutan bertuah khususnya melibatkan promosi digital dan pemasaran semasa perlu dinilai berdasarkan struktur pelaksanaannya, sumber pembiayaan hadiah serta syarat penyertaan," katanya.

Artikel Lain