suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jangan terus tolak... Rasulullah SAW anjur terima tiga hadiah ini, ada rahsia memuliakan pemberian orang

Tetamu perlu menerima bantal alas duduk pemberian tuan rumah. -Gambar hiasan AI

DALAM kehidupan seharian, ada pemberian yang mungkin nampak kecil nilainya, namun sebenarnya mempunyai makna besar dari sudut adab dan penghargaan.

Menurut sebuah hadis, terdapat tiga perkara yang dianjurkan agar tidak ditolak apabila diberikan, iaitu bantal atau alas duduk, minyak wangi dan susu.

Perkara itu berdasarkan hadis daripada Abdullah bin Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: Tiga perkara yang jangan ditolak adalah bantal, minyak wangi dan susu.

Hadis berkenaan diriwayatkan oleh al-Tirmizi (No. 2790).

1. Bantal atau alas duduk

Bantal atau alas tempat duduk merujuk kepada kemudahan yang disediakan tuan rumah kepada tetamu sebagai tanda memuliakan dan memastikan keselesaan mereka.

Dalam budaya masyarakat terdahulu, pemberian atau penyediaan alas duduk merupakan sebahagian daripada layanan kepada tetamu.

Justeru, menerimanya dianggap sebagai tanda menghargai layanan dan niat baik tuan rumah.

2. Minyak wangi

Minyak wangi pula merupakan antara perkara yang disukai oleh Rasulullah SAW. Baginda juga diketahui tidak menolak pemberian wangian.

Penggunaan wangian turut digalakkan, khususnya bagi lelaki ketika beribadah dan menghadiri perhimpunan masyarakat.

Selain menyegarkan, pemberian minyak wangi juga lazimnya merupakan pemberian tidak membebankan pihak memberi.

3. Susu

Susu merupakan minuman yang berkhasiat dan mudah untuk dihidangkan kepada tetamu.

Pada zaman masyarakat Arab terdahulu, susu juga menjadi antara minuman yang biasa dinikmati.

Menerima pemberian susu boleh menjadi tanda seseorang menghargai rezeki serta kebaikan diberikan oleh orang lain.

Cara hargai pemberian

Hadis ini bukan sekadar menyebut tiga jenis pemberian yang dianjurkan untuk tidak ditolak, tetapi turut mengajar kita tentang pentingnya menghargai kebaikan orang lain.

Pemberian yang kecil mungkin tidak seberapa nilainya, namun tetap membawa makna sebagai tanda penghormatan dan keikhlasan.

Bagaimanapun, jika terdapat sebab tertentu seperti faktor kesihatan, kemudaratan atau perkara dibenarkan syarak, pemberian boleh ditolak dengan cara baik tanpa menyakiti hati pihak memberi.

Artikel Lain