suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bangun tidur terus bergegas sembahyang! Tahi mata punya fasal, wuduk dan solat boleh jatuh tak sah!

Perhatikan kawasan mata agar tiada najis atau benda yang boleh menghalang air wuduk mengalir pada kulit. -Gambar hiasan AI

JANGAN ambil ringan perkara kecil terutama ketika melakukan ibadah kerana kesilapan yang nampak remeh boleh menyebabkan amalan dilakukan tidak sempurna.

Sebagai umat Islam, kita disarankan untuk sentiasa memperbaiki ibadah termasuk bacaan dalam solat, cara rukuk serta perkara yang boleh membatalkan wuduk.

Memandangkan solat merupakan ibadah harian, setiap perkara berkaitan dengannya perlu diberikan perhatian supaya ia dilakukan dengan cara yang betul.

Tahi mata boleh menyebabkan wuduk tidak sah

Dalam hantaran dikongsikan Geng Masjid Kg Nakhoda, Batu Caves, Selangor ada berkongsi satu perkara yang mungkin tidak disedari ramai ketika mengambil wuduk.

Menerusi video di TikTok, Imam Mohamad Zaid Mohamad Amran menjelaskan tahi mata yang mengeras boleh menyebabkan wuduk tidak sah sekiranya ia menghalang air daripada sampai ke kulit.

Menurutnya, keadaan itu boleh berlaku terutama selepas seseorang bangun daripada tidur dan terus mengambil wuduk tanpa membersihkan tahi mata terlebih dahulu.

Tahi mata sudah mengeras boleh menjadi lapisan boleh menghalang air daripada mengenai bahagian kulit yang wajib dibasuh ketika berwuduk.

Bagaimanapun, tahi mata yang masih lembik dan tidak menghalang air daripada sampai ke kulit tidak menjejaskan sah wuduk.

Jika ada kotoran yang menghalang air, wajib dibersihkan

Menurut penjelasan dalam kitab Majmuk, membersihkan kedua-dua mata ketika berwuduk adalah sunat sekiranya tiada kotoran yang menghalang air.

Namun, jika terdapat kotoran yang menghalang air daripada sampai ke bahagian berkenaan, kotoran itu wajib dibersihkan.

Sehubungan itu, umat Islam dinasihatkan supaya memeriksa dan membersihkan bahagian mata terlebih dahulu jika terdapat tahi mata yang kering atau melekat sebelum mengambil wuduk.

Artikel Lain