suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jangan seksa diri tahan sakit perut ketika solat, boleh niat mufarakah ‘berpisah’ daripada imam

Cara untuk niat mufaraqah itu ditunjukkan oleh Geng MKN menerusi satu sketsa di TikTok.

PASTI ada di antara kita pernah mengalami sakit perut saat sedang solat berjemaah malah ada yang keluar daripada saf sebab ingin ke tandas.

 

Menerusi satu sketsa dikongsikan di TikTok Geng Masjid Kg Nakhoda (MKN), seorang jemaah dilihat berdiri di dalam saf untuk menunaikan solat berjemaah seperti biasa.

Bagaimanapun, dia tiba-tiba memegang perut kerana terasa ingin membuang air besar sebaik sahaja imam mengangkat takbir.

Meskipun begitu, dia memilih untuk meneruskan solat kerana beranggapan keadaan itu masih mampu ditahan.

Namun apabila imam membaca surah yang agak panjang, dia dilihat semakin tidak selesa sehingga sukar memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap ibadah sedang dilakukan.

Selesai sahaja memberi salam, jemaah itu terus bergegas menuju ke tandas bagi menunaikan hajatnya.

Menjelaskan situasi tersebut, wakil Geng MKN berkata, seseorang jemaah dibenarkan untuk berniat mufaraqah sekiranya berdepan keadaan menyukarkan ketika solat berjemaah.

Mufaraqah ialah niat untuk berpisah daripada imam dan meneruskan solat secara bersendirian.

Menurutnya, niat mufaraqah boleh dilakukan sekiranya seseorang berasa ingin membuang air besar atau kecil, mengalami kesakitan, berdepan urusan penting atau situasi lain yang mendatangkan kesukaran untuk meneruskan solat bersama imam.

Rasa nak membuang air besar atau kecil boleh berlaku kepada sesiapa sahaja ketika solat berjemaah. -Gambar hiasan AI

Bagaimanapun, mufaraqah tidak sepatutnya dilakukan tanpa alasan yang dibenarkan. 

Sebahagian ulama berpendapat solat tersebut masih sah, namun individu berkenaan akan terlepas kelebihan pahala solat berjemaah.

Cara melakukan mufaraqah:

1. Berniat dalam hati untuk berpisah daripada imam.

2. Teruskan solat secara bersendirian seperti biasa.

3. Ringkaskan solat mengikut kadar yang dibenarkan sebelum menyelesaikan hajat.

Sementara itu, Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan sebelum ini turut menjelaskan setiap perkara yang mengganggu kekhusyukan ketika solat sepatutnya diselesaikan terlebih dahulu sebelum seseorang mendirikan ibadah tersebut.

Menurut jabatan itu, menahan diri daripada membuang air kecil atau air besar boleh mengganggu kekhusyukan sehingga menjejaskan kesempurnaan pelaksanaan rukun-rukun solat.

Selain itu, keadaan tersebut juga dikhuatiri menyebabkan najis terkeluar tanpa disedari dan terkena pada pakaian, sekali gus menimbulkan isu berkaitan kesucian ketika beribadah.

Sebagai kesimpulannya, solat yang dilakukan dalam keadaan menahan diri daripada membuang air kecil atau air besar adalah sah, namun hukumnya makruh.

Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan turut menasihatkan agar seseorang menyelesaikan dahulu urusan membuang hajat sebelum menunaikan solat supaya ibadah dapat dilakukan dengan lebih khusyuk dan sempurna.

Artikel Lain