Bukan sekadar mengikut trend semasa, wanita Muslimah dituntut menutup aurat mengikut syarak demi memelihara maruah diri. -Gambar hiasan AI
PELBAGAI fesyen dan gaya tudung kini menjadi pilihan wanita Muslimah untuk tampil menawan mengikut trend semasa.Namun, pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Annuar, mengingatkan bahawa pemakaian tudung bukanlah sekadar untuk menutup rambut atau kepala, sebaliknya perlu memastikan keseluruhan aurat yang ditetapkan syarak turut dilindungi dengan sempurna. Jelas beliau, ukuran kecantikan seorang Muslimah bukan dinilai pada fesyen atau trend yang digayakan, tetapi sejauh mana pakaian tersebut menepati perintah Allah SWT.Menerusi satu perkongsian infografik, Ustaz Wadi mengingatkan mengenai tiga perkara yang perlu diberi perhatian ketika mengenakan tudung.1. Leher masih terbukaTudung yang dipakai perlu menutupi bahagian leher dan bukan sekadar diletakkan di atas kepala sehingga bahagian tersebut masih terdedah.2. Dada tidak dilitupiGaya tudung yang terlalu pendek atau disusun sehingga tidak menutupi bahagian dada juga perlu diberi perhatian.3. Aurat masih terdedahMenutup rambut sahaja tidak memadai sekiranya bahagian aurat lain masih kelihatan, kerana ia belum memenuhi tuntutan hijab seperti yang dijelaskan dalam perkongsian tersebut.Ustaz Wadi turut mengingatkan bahawa cantik pada pandangan manusia belum tentu menepati tuntutan syarak.Justeru, pemakaian mengikut trend tidak seharusnya mengatasi kewajipan menutup aurat yang ditetapkan dalam agama bagi memelihara akhlak dan maruah diri.Infografik berkenaan turut memetik Surah al-Nur, ayat 31 mengenai perintah wanita menutup aurat dengan sempurna.Maksudnya: Dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.