suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Makmum masbuk tak sempat ‘kejar’ rakaat, ada adab ‘menyelit’ ikut imam agar sah solat

Sketsa dikongsikan menunjukkan situasi kesalahan dilakukan makmum masbuk.

TERLEWAT masuk solat berjemaah sehingga imam sudah rukuk sememangnya boleh membuatkan seseorang berasa kelam-kabut kerana bimbang terlepas satu rakaat.

Namun, jangan kerana mahu mengejar rakaat, takbiratul ihram pula ditinggalkan.

Perkara itu dikongsikan menerusi satu video yang menerangkan kesalahan sering dilakukan makmum masbuk ketika menyertai solat berjemaah.

Dalam senario dikongsikan Geng MKN di TikTok, seorang makmum yang baru tiba terus masuk ke dalam saf, mengangkat takbir dan terus rukuk bersama imam kerana bimbang tidak sempat mendapatkan rakaat berkenaan.

Bagaimanapun, perbuatan itu tidak tepat sekiranya takbir yang dilakukan bukan takbiratul ihram untuk memulakan solat.

Ini kerana takbiratul ihram merupakan salah satu rukun solat dan tidak boleh ditinggalkan. 

Wakil Geng MKN turut menjelaskan bahawa rukun solat yang ditinggalkan boleh menyebabkan solat tidak sah.

Malah, makmum yang datang ketika imam sedang rukuk hendaklah terlebih dahulu melakukan takbiratul ihram sebelum mengikuti imam untuk rukuk.

Pahala solat berjemaah adalah 27 kali ganda (atau 25 darjat) lebih baik dan tinggi berbanding solat secara bersendirian. -Gambar hiasan

Cara makmum masbuk solat mengikut imam

Makmum masbuk perlu berdiri dan melakukan takbiratul ihram terlebih dahulu sebelum terus mengikuti imam yang sedang rukuk.

Jika tidak sempat mendapatkan rukuk bersama imam, tidak perlu panik atau tergesa-gesa dengan meneruskan sahaja solat dan ikuti pergerakan imam seperti biasa.

Selepas imam memberi salam, makmum masbuk perlu bangun untuk menggantikan rakaat yang tertinggal dan menyelesaikan solatnya.

Makmum masbuk merujuk kepada individu yang datang lewat untuk solat berjemaah sehingga tidak sempat menyempurnakan bacaan al-Fatihah bersama imam.

Antara perkara penting yang perlu diingat:

1. Dapat rukuk bersama imam

Lakukan takbiratul ihram terlebih dahulu sebelum rukuk bersama imam. Rakaat tersebut dikira.

2. Imam sudah bangun daripada rukuk

Takbiratul ihram dan terus ikut pergerakan imam. Rakaat itu tidak dikira.

3. Imam sedang sujud atau duduk

Lakukan takbiratul ihram sebelum mengikuti pergerakan imam. Rakaat tersebut tidak dikira.

Selepas imam memberi salam, makmum perlu bangun dan tambah rakaat yang tertinggal tanpa mengikut imam memberi salam sekali lagi.

Artikel Lain