suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terkesan ‘gurauan‘ ibu sendiri, isteri ‘kunci‘ nafkah batin suami sampai 6 tahun... Teguran Mufti buat ramai wanita tersentak!

Isteri boleh dikenakan nusyuz jika menolak permintaan suami walau hanya menepis. -Gambar hiasan AI

KEHARMONIAN rumah tangga bukan sahaja bergantung kepada komunikasi dan kerjasama dalam menguruskan keluarga, malah turut melibatkan pemenuhan hak serta tanggungjawab antara suami dan isteri.

Namun dalam sesetengah perkahwinan, ada pasangan yang memilih untuk memendam masalah terlalu lama sehingga perkara yang sepatutnya dibincangkan secara terbuka akhirnya menjadi punca keretakan hubungan.

Demikian pengakuan mengejutkan seorang lelaki yang mendakwa sudah hampir enam tahun tidak bersama isterinya, malah kali terakhir hubungan suami isteri berlaku ketika wanita itu hamil anak pertama mereka.

"Sudah enam tahun saya tak bersama isteri, sejak dari dia hamil anak pertama sehingga sekarang," luahnya.

Suami isteri perlu berbincang dan mendapatkan kata sepakat dalam apa jua konflik dihadapi. -Gambar hiasan AI

Suami isteri perlu berbincang dan mendapatkan kata sepakat dalam apa jua konflik dihadapi. -Gambar hiasan AI

Lebih mengelirukan, lelaki berkenaan mengakui dia sendiri tidak pasti punca sebenar keadaan itu boleh berlarutan begitu lama.

Menurutnya, setiap kali dia cuba mendapatkan penjelasan, isterinya hanya mengelak atau menukar topik perbualan.

Malah, satu-satunya petunjuk pernah diterimanya datang daripada ibu mentua yang secara berseloroh dikatakan pernah menyebut 'tak perlu dah ada anak lagi' selepas kelahiran cucu pertama, kira-kira empat tahun lalu.

Walaupun tidak pernah mendapat arahan secara terus, lelaki itu mengesyaki kenyataan tersebut mungkin mempunyai kaitan dengan perubahan sikap isterinya terhadap hubungan rumah tangga mereka.

Luahnya, dia masih menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan bapa seperti biasa, namun keadaan itu sedikit demi sedikit memberi kesan kepada emosi serta keharmonian rumah tangga mereka.

Dalam isu berkaitan, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menerusi Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-755: Hukum Isteri Menolak Nafkah Batin menjelaskan bahawa secara asasnya isteri tidak boleh menafikan hak suami ke atas dirinya tanpa alasan dibenarkan syarak.

Menurut penjelasan itu, para fuqaha bersepakat bahawa suami berhak mengajak isterinya untuk bersama pada bila-bila masa kecuali terdapat keuzuran syarie seperti haid, nifas, sakit yang memudaratkan, zihar atau ketika ihram.

Keharmonian rumah tangga penting dalam membesarkan anak-anak. -Gambar hiasan AI

Keharmonian rumah tangga penting dalam membesarkan anak-anak. -Gambar hiasan AI

Menjelas mengenainya, tanggungjawab isteri adalah mentaati perintah suami pada perkara yang ma’ruf selagi dalam kerangka syarak tambahan pula, terdapat hak-hak suami yang perlu dilunaskan oleh seorang isteri. 

Ia juga boleh menjadi nusyuz apabila isteri menolak hubungan seksual walaupun dalam bentuk memegang pada anggota yang dipilih suami.

Bahkan, berdosa besar sekiranya isteri menolak berdasarkan dalil yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: Apabila seorang lelaki mengajak isterinya ke katil (dengan tujuan untuk berkelamin), lalu isteri itu menolaknya, maka suami tersebut tidur dalam keadaan marah dengan isterinya. Dengan itu, para malaikat akan melaknatnya (isteri) sehinggalah dia bangun (daripada tidurnya) pada waktu pagi. (Riwayat al-Bukhari)

Sementara, Abu Daud menjelaskan hadis ini menunjukkan bahawa isteri wajib memenuhi permintaan suaminya untuk bersetubuh walaupun sedang dalam keadaan sibuk dengan urusan-urusan yang penting.

Dalam sebuah riwayat yang lain daripada Abdillah Abi Aufa bahawa Nabi SAW bersabda: Demi Dzat yang jiwa Muhammad berada dalam genggamannya, seorang isteri dianggap belum memenuhi kewajiban terhadap Allah sehingga dia menunaikan kewajiban terhadap suaminya, sekiranya seorang suami meminta haknya kepada isterinya dan ketika itu dia berada di atas belakang unta, isterinya tidak boleh menolak. (Sahih Ibn Majah)

Bagaimanapun, para suami juga harus memberi perhatian bahawa Allah SWT juga memerintahkan untuk menggauli (bermu’asyarah) isteri dengan cara paling baik kerana asas bagi hubungan badan suami isteri itu adalah bagi membina kemesraan dan bukanlah bagi melepaskan nafsu semata-mata.

Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa ayat 19 bermaksud: Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. 

Justeru, jika benar wujud masalah yang menyebabkan pasangan tidak bersama selama bertahun-tahun, ia wajar ditangani secara matang melalui komunikasi, kaunseling atau saluran yang sesuai supaya hak kedua-dua pihak dapat dipelihara dan konflik tidak terus berpanjangan.

Artikel Lain