suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Telekung tiba-tiba terselak masa sujud, ini tindakan perlu dibuat elak solat tak sah

Kaki wanita cenderung kelihatan ketika melakukan sujud. -Gambar hiasan AI

KETIKA sedang khusyuk menunaikan solat, ada kalanya telekung yang dipakai terselak secara tidak sengaja sehingga menampakkan bahagian kaki.

Situasi itu pastinya menimbulkan kebimbangan dalam kalangan wanita mengenai status ibadah mereka, lebih-lebih lagi apabila hanya menyedari aurat terdedah selepas selesai solat.

Menjawab persoalan tersebut, pendakwah terkenal Ustazah Asma’ Harun menjelaskan bahawa hukum solat bergantung kepada tempoh aurat berkenaan terdedah dan tindakan yang dilakukan selepas menyedarinya.

Menurutnya, menutup aurat merupakan salah satu syarat sah solat dan berdasarkan mazhab Syafi’i, aurat wanita ketika melakukan ibadah itu ialah seluruh tubuh kecuali wajah serta kedua-dua tapak tangan.

Ini bermakna kedua-dua kaki termasuk tapak kaki, tumit dan buku lali merupakan aurat yang wajib ditutup sepanjang solat.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai meremang wujud amalan syirik ‘bela’ janin dalam kain belacu, percaya boleh makbulkan hajat!

ARTIKEL BERKAITAN: Takut umur mak ayah tak panjang, anak sanggup buat hutang bawa pergi umrah - “Bukan mudah nak kumpul duit”

"Jika telekung terselak sedikit lalu menampakkan kaki, kemudian segera disedari dan ditutup, maka solat tetap sah kerana aurat hanya terbuka seketika serta terus diusahakan untuk ditutup.

"Namun, jika aurat dibiarkan terbuka dalam tempoh yang lama tanpa diusahakan untuk menutupnya sedangkan dia mampu berbuat demikian, maka solatnya batal," jelasnya menerusi perkongsian di Facebook.

Ustazah Asma’ turut memetik firman Allah SWT dalam Surah al-A’raf ayat 31 yang bermaksud: Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah setiap kali hendak menunaikan solat.

Selain itu, beliau turut menjelaskan bahawa solat menjadi tidak sah sekiranya telekung yang digunakan sememangnya terlalu pendek dan gagal menutup kaki dengan sempurna sejak dari awal.

Dalam keadaan tersebut, syarat menutup aurat tidak dipenuhi, maka solat berkenaan perlu diulang.

Ibu bapa perlu mendidik anak-anak solat sejak usia mereka kecil. -Gambar hiasan AI

Ibu bapa perlu mendidik anak-anak solat sejak usia mereka kecil. -Gambar hiasan AI

Berhubung pemakaian stoking pula, Ustazah Asma’ berkata, ia bukanlah syarat sah solat sekiranya telekung yang digunakan sudah cukup labuh untuk menutupi kedua-dua kaki ketika berdiri, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud dan tahiyat.

Bagaimanapun, wanita digalakkan memakai stoking sekiranya telekung mudah terselak atau terlalu singkat sebagai langkah tambahan bagi memastikan aurat sentiasa terpelihara.

Dalam pada itu, sekiranya terlihat telekung jemaah lain terselak sehingga menampakkan aurat, seseorang dibolehkan membantu membetulkannya atau menarik telekung tersebut dengan pergerakan yang sedikit jika tidak mengganggu solat.

Namun jika keadaan tidak mengizinkan, individu berkenaan boleh menasihati jemaah tersebut secara baik selepas selesai solat.

Ustazah Asma’ turut mengingatkan wanita agar tidak menganggap tapak kaki bukan aurat ketika solat atau sengaja membiarkan telekung terselak selepas menyedarinya.

Kesimpulannya, telekung yang terselak seketika tanpa disengajakan tidak menyebabkan solat terbatal sekiranya bahagian tersebut segera ditutup.

Sebaliknya, solat boleh menjadi batal sekiranya aurat sengaja dibiarkan terdedah sedangkan individu terbabit mampu menutupnya atau pakaian yang dipakai sejak awal tidak memenuhi tuntutan menutup aurat dengan sempurna.

Artikel Lain